Wednesday, 22 May 2013

Nikmat Hujan


Alhamdulillah......sudah lama tidak menulis di blog.  Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya, saya akan lebih rajin lagi untuk menulis atau update blog.

Johor Bahru sudah lama tidak hujan.  Di tempat-tempat lain pun begitu juga.  Panas atau hujan semuanya nikmat dari Allah.  Syukur dengan apa yang dikurniaNya.

Petang semalam hujan lebat.  Alhamdulillah, pokok bunga tidak payah disiram lagi, longkang pun lebih bersih, hero kenit saya pun lama sikit tidurnya dan lena, baju yang disidai pun dah kering.  Begitu besarnya nikmat yang Allah bagi.  Semuanya ada sebab musabab kenapa Allah jadikan begitu.




Nak buka TV dan laptop tak boleh pulak sebab hujan lebat diiringi dengan ribut petir berdentum-dentum kat luar.  Jadi saya sambung lah baca buku dan sambil itu memikirkan idea nak masak menu apa untuk makan malam nanti.  

Buku yang dibaca sekarang adalah Mudahnya Menjemput Rezeki hasil tulisan Fathuri Salehuddin.  Banyak info menarik tentang rezeki ini dan rupanya lebih mudah menjemput rezeki dari mencari rezeki.

Selamat membaca!







No comments:

Post a Comment