Wednesday, 22 May 2013

Hari Pertama Sebagai WAHM


Cuaca mendung di luar menunjukkan signal bahawa hujan akan turun lagi.  Tak apa lah sebab hujan kan rahmat dari Allah?  Kain di jemuran pun dah kering.  Tak payah lah lagi siram pokok dan bersihkan longkang sebab setiap petang dapat air percuma yang turun dari langit.  

Rasa macam tidak percaya pulak!  Nak tahu kenapa?  Sudah 1 bulan berlalu sejak saya meninggalkan alam pekerjaan makan gaji di ofis.  Tiada lagi terkejar-kejar seawal jam 6.30 pagi untuk menghantar anak ke rumah pengasuh dan mengambilnya lewat petang.  Seronok ada penat pun ada.  Perasaan bercampur baur sejak menjadi surirumahtangga sepenuh masa ni.  Yang banyaknya seronok sebab masa lebih panjang bersama anak.  Dapat menengok dia membesar depan mata di samping dapat meluangkan lebih masa untuk berbisnis online. 

Sekarang ni rutin macam biasa la.  Awal pagi dah mula siapkan kerja-kerja rumah seperti kemas rumah, basuh pinggan, basuh baju, buat sarapan dan lain-lain kerja sepenuh masa surirumahtangga.  Setelah siap, baru lah buka laptop dan baca e-suratkhabar, cerita ehwal semasa, email dan FB.  Sejak mula berbisnis online, kena selalu 'update' page, jawab email, FB dan lain-lain perkara yang berkaitan.  Alhamdulillah, bisnis online ni mudah jika kita tahu caranya dan kena banyak membaca untuk menambah lagi pengetahuan.





Kadang-kadang saya juga buat offline dan keluar untuk berjumpa pelanggan.  Banyak yang boleh saya kongsikan dengan pembaca blog betapa seronoknya berbisnis online ni sebab macam-macam kerenah pelanggan yang kita jumpa.

Berhenti di sini lah dahulu sebab anak dah bangun.  Masa untuk melayan dia makan pulak.

Untuk pembacaan lanjut mengenai ini, anda boleh mendapatkan di sini :




Jika anda baru dalam bisnes online, saya boleh membantu.  Ada 10 langkah sahaja bermula dengan analisa.  Kami tawarkan anda kelas online fanpage dan blogspot.  Mudah bukan? Semuanya dihujung jari!

 Anda boleh PM saya di norazizah.sudin@facebook.com 




No comments:

Post a Comment