Tuesday, 18 June 2013

Belasungkawa Buat Seorang Sahabat


Semasa berada di Dungun pada 5hb hingga 8hb Jun lepas, saya telah menerima khabar dari rakan sekerja lama bahawa salah seorang sahabat kami telah meninggal dunia pada 4hb Jun 2013 kerana sakit jantung.

Innalillah wainna ilaihi raji'un. Buat sahabat saya, Allahyarham Pak Ajiz, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau.

Sesungguhnya kematian itu adalah benar, tidak akan tercepat hatta terlewat walau satu saat sekalipun dan cukuplah kematian sebagai peringatan buat saya.

Sabda nabi Muhammad SAW ketika mengatakan bahawa seorang yang meninggal akan terputus amalnya.

"Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah, anak yang shalih yang mendo'akannya atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya" (HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad).

Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnyak, bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat- serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam surga-Mu dan lindungilah ia dari siksa kubur atau siksa api neraka
 
Doa ketika menerima berita orang meninggal dunia :





MAKSUDNYA: SESUNGGUHNYA KAMI KEPUNYAAN ALLAH DAN KAMI KEMBALI PULA KEPADA ALLAH DAN KAMI PASTI KEMBALI KEPADA TUHAN KAMI. YA ALLAH! CATATLAH MAYAT INI PADA SISI ENGKAU DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BAIK, DAN JADIKANLAH CATATANNYA DALAM GOLONGAN YANG TERPUJI. 

Balik dari KT, saya telah singgah ke rumah Allahyarham Pak Ajiz melawat isterinya. Semoga beliau dan ahli keluarga tabah menghadapi kehilangan suami dan ayah mereka.






BERSIAP SIAPLAH, HARI ITU PASTI AKAN DATANG! SUDAH SIAPKAH BEKAL KITA?
Wallahu a’lam.  Orang yang menyebarkan ini InsyaAllah di lancarkan pekerjaaannya dan di lancarkan rezeki nya…ْ ﺁﻣﻴﻦ َ َ َﺑ ْﻌ َ َ ِ ّ . .

No comments:

Post a Comment