Wednesday, 19 June 2013

Dropship


Salah satu cara pemasaran online adalah Dropship.  Apakah itu dropship?
 
Dropship adalah suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk dengan pengedar.  Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal. Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri. 

Jika anda ingin berniaga tanpa mengeluarkan modal, dropship adalah kaedah  yang terbaik. Ini bermakna anda boleh menjual tanpa modal, tanpa risiko dan tidak perlu membeli dan menyimpan stok. 

Dropship berfungsi dengan mudah :

1)       Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers  atau laman web.  

2)       Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web  anda,   atalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers.

3)       Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.  Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.  

Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Dropshipper akan melakukan semua ini untuk anda! Mudah bukan?   Anda boleh menggunakan dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak atau sedikit keuntungan yang anda perlukan. 

Untuk lebih faham, anda boleh rujuk gambar di bawah :

No comments:

Post a Comment