Tuesday, 25 June 2013

Impian


Assalamualaikum semua.  Bertemu kembali. Hari ini saya nak berkongsi tentang impian saya. 

Hari ini 24hb Jun 2013.  Sudah nak masuk 2 bulan saya menjadi surirumah tangga berkerjaya dari rumah dan berwawasan.  Kerja dari rumah!  Seronok bukan?  Memang seronok walaupun penat membuat kerja-kerja rumah yang tidak dan akan pernah habis.  

Setelah tamat belajar, saya bekerja makan gaji. Seronok dapat duit setiap hujung bulan.  Boleh shopping, jalan-jalan, makan sedap-sedap dan belanja kawan.  Setiap hujung minggu ada sahaja aktiviti yang akan dilakukan bersama kawan-kawan serumah atau kawan-kawan pejabat.  Sebulan sekali mesti balik kampung.  

Tetapi setelah lama kerja di pejabat, saya ingin mempunyai pejabat sendiri dari rumah.  Seronok ke?  Tiada traffic jam, punch card dan lain-lain peraturan pejabat yang perlu saya ikut.  Alhamdulilah, saya nekad dan semoga impian yang saya simpan selama ini akan tercapai dengan izinNya.  

Rutin harian walaupun duduk di rumah masih berjalan seperti biasa. Sesudah solat subuh, sediakan sarapan untuk suami dan anak, mengemas rumah, bukak laptop baca suratkhabar, baca emel, kemaskini FB dan blog.  Kalau anak dah bangun, terpaksalah berhenti sekejap dan melayan dia pulak.  Anak lelaki saya baru 1 tahun 8 bulan.  Seorang sahaja dan jika diizinkanNya ingin juga nak menambah kuota seorang lagi.  Walaubagaimanapun, jika telah ditakdirkan hanya seorang sahaja anak, saya masih bersyukur, Alhamdulillah.  

Makan tengahari pula akan disediakan.  Kadang-kadang hanya saya dan hero kenit akan minum petang bersama di rumah.  Jika rajin, saya akan membawa hero kenit saya jalan-jalan ke Tasik Layang-Layang sambil minum petang di tepi tasik.  Kalau tidak, kami akan bermain didepan rumah sahaja lah.  Seronok tak rutin harian saya?  Ada lebih masa terluang dengan anak dan tengok dia membesar depan mata.  

Waktu malam setelah anak tidur, bermula lah rutin saya semula.  Siapkan kerja-kerja yang tertunggak di pagi hari tadi.  Barulah boleh fokus pada kerja seperti kemaskini blog, FB dan kadang-kadang chatting dengan kawan.  Kenapa ye?  Sebab kalau hero kenit saya aktif di waktu siang, dia akan sama-sama sibuk menolong kerja saya! 

Alhamdulillah, saya seronok dengan kerja saya sekarang.  Walaupun saya rindu meja kerja saya, kawan-kawan sepejabat, traffic jam pagi dan petang, tetapi saya bersyukur sebab masih diberi kesempatan untuk saya merealisasikan impian saya yang masih banyak belum terlaksana.

Impian saya?  Semoga 1 tahun dari sekarang ianya akan menjadi kenyataan.  Saya mesti fokus dan lebih komited.

 











No comments:

Post a Comment