Friday, 21 June 2013

Jerebu


Jerebu di negeri Johor semakin teruk.  Bukan sahaja di Johor tetapi juga di negeri-negeri lain.  Keadaan jerebu ini tidak menggalakkan saya untuk membawa anak berjalan keluar setiap petang.

Banyak kesan-kesan yang akan dialami apabila kita terdedah kepada jerebu seperti :

1)      terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk
2)      sukar untuk bernafas atau sesak nafas
3)      mata akan berasa pedih dan berair
4)      hidung berair dan kerap bersin
5)      kulit akan terasa gatal-gatal
6)      sakit dada

Sebagai pencegahan akibat jerebu, lebih eloklah jika kita mengambil tindakan seperti berikut :

1)          bagi yang mempunyai penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata atau berkaitan paru-paru, hendaklah cepat ke klinik dengan segera jika penyakit ini bertambah buruk.

2)     hendaklah sentiasa memakai penutup hidung jika keluar ke tempat-tempat yang berhabuk atau yang bekerja di luar bangunan.

3)     perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, jangan merokok di dalam rumah.

4)      kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.

5)      pasangkan penghawa dingin di dalam kenderaan.

6)      sentiasa minum air yang banyak.

Pada hari ini, iaitu 20hb Jun 2013 Indeks pencemaran udara (IPU) telah meningkat pada sebelah petang iaitu 333 bagi Pasir Gudang manakala bacaan bagi Batu Pahat belum diperoleh.

Di Batu Pahat, sebanyak 175 sekolah rendah dan menengah melibatkan 80,000 pelajar serta 105 sekolah rendah dan menengah di Pasir Gudang melibatkan 116,493 pelajar diarah bercuti berikutan masalah jerebu.








No comments:

Post a Comment