Tuesday, 18 June 2013

Kenduri Kahwin

Musim sekolah dan musim orang kahwin.  6hb Jun ni, anak sulong Kak Long saya akan bernikah di Kuala Terengganu.  En. Suami tak dapat cuti, jadi saya dan hero kenit telah mengambil tiket bas ke Dungun pada pukul 8.30 malam.

Kami sampai di Dungun pada pukul 5.30 pagi.  Nasib baik tak terlepas ke Kuala Terengganu sebab saya tidak perasan yang bas tidak masuk ke Terminal Dungun.  Kami berhenti di simpang masuk ke Tanjung Jara.  

5hb Jun kami menuju ke Homestay Pak Aziz di Kuala Terengganu.  Cantik bentuk rumahnya.  Homestay Kuala Terengganu berkonsepkan kampung iaitu rumah sebuah 2 tingkat dengan 4 bilik tidur dan 2 bilik air di bandar Kuala Terengganu dan boleh memuatkan 20 org dewasa. Mampu menampung rombongan sebuah bas iaitu seramai 44 orang

Pak Aziz Homestay ini berhampiran pusat bandar Kuala Terengganu dan pantai peranginan Batu Burok. Sesuai untuk percutian keluarga, rombongan kahwin dan rombongan sekolah/kolej/IPT. Juga sesuai untuk mereka yang ada urusan di Hospital Kuala Terengganu Specialist (KTS) & Hospital Kuala Terengganu (Hospital Sultanah Nur Zahirah).

Antara tempat-tempat menarik yang terletak berhampiran ialah Pantai Batu Burok, Pasar Kedai Payang, Masjid Terapung (Tengku Tengah Zaharah), Terengganu Equestrian Resort (TER), Noor Arfa Batik, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Muzium Losong, Keropok Lekor Bukit Tok Beng (yang sedang top sekarang) dan lain-lain lagi.

Untuk tempahan sewaan , sila hubungi 019-3877191 / 019-3877891 / 013-9273837. 

Jarak ke rumah pengantin perempuan dari homestay mengambil masa dalam 10 minit.  Pernikahan anak saudara saya pada pukul 9.30 malam dan kami dijamu dengan roti jala, pulut kuning, nasi dagang dan pelbagai menu lain yang menyelerakan.

Keesokkan hari nya, iaitu pada 7hb Jun, adalah jamuan makan dan majlis persandingan yang dibuat di perkarangan Muzium Losong.  Jamuan Nasi Bryani bermula pada pukul 11.30 pagi dan memang meriah dengan iringan kompang diiringi dengan alunan muzik.  2 tahun lepas saya sudah ke Taman Tamadun Islam melalui muzium ini tetapi tidak sempat singgah sebab semasa kami melewati muzium ini, hari sudah lewat petang dan muzium pun dah tutup.  Alhamdulilah, dapat juga menjejakkan kaki ke dalam muzium ini.  Bangunan yang cantik dan mengekalkan bentuk tradisional. 

Muzium Losong terletak 2 Kilometer dari Pusat Bandaraya Kuala Terengganu. Merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara, muzium ini semestinya menjanjikan seribu pengalaman baru kepada pengunjungnya. Muzium ini menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.

Di sini muzium terbahagi kepada 3 jenis iaitu muzium Utama , muzium Maritim, muzium Perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam. Selain itu terdapat pengunjung berpeluang menaiki replika bot di sini. Bot yang diberi nama Selah adalah antara 2 buah bot yang dipamerkan kepada pengunjung. Di bahagian belakang muzium ini terdapat kawasan yang memelihara haiwan-haiwan seperti burung yang menjadikannya seolah-olah mini zoo dikelilingi pokok-pokok menghijau.
- See more at: http://jomterengganu.blogspot.com/2010/04/jom-lawat-muzium-losong.html#sthash.OoifmTYz.dpuf

Alhamdulillah, majlis pernikahan anak saudara saya berjalan dengan lancar.  Ini adalah perkahwinan anak saudara yang ke dua. Yang pertama anak Kak Long saya jugak dan saya sudah ada cucu saudara.  Dah jadi Tok Chik lah saya ni!!!!

Biasalah kalau musim kahwin, sessi bergambar sudah menjadi kemestian.  Bergambar sakan lah saya dengan hero kenit saya ni.  

Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah sebagaimana berikut – ertinya :

“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

Dijelaskan dalam hadis di atas bahawa  Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan  supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW.  Antara faedah yang ketara di sini ialah  seseorang itu dapat  menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya.  Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.

Alhamdulillah pernikahan disebelah perempuan telah berjalan lancar dan disebelah Kak Long saya, akan diadakan pada Hari Raya Puasa ini. 

Muzium ini menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.

Di sini muzium terbahagi kepada 3 jenis iaitu muzium Utama , muzium Maritim, muzium Perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam. Selain itu terdapat pengunjung berpeluang menaiki replika bot di sini. Bot yang diberi nama Selah adalah antara 2 buah bot yang dipamerkan kepada pengunjung. Di bahagian belakang muzium ini terdapat kawasan yang memelihara haiwan-haiwan seperti burung yang menjadikannya seolah-olah mini zoo dikelilingi pokok-pokok menghijau.
- See more at: http://jomterengganu.blogspot.com/2010/04/jom-lawat-muzium-losong.html#sthash.OoifmTYz.dpuf
Muzium ini menempatkan empat blok utama selain mempunyai muzium maritim dan lima rumah tradisional.

Di sini muzium terbahagi kepada 3 jenis iaitu muzium Utama , muzium Maritim, muzium Perikanan, empat rumah tradisional, dan taman botani serta taman ulam. Selain itu terdapat pengunjung berpeluang menaiki replika bot di sini. Bot yang diberi nama Selah adalah antara 2 buah bot yang dipamerkan kepada pengunjung. Di bahagian belakang muzium ini terdapat kawasan yang memelihara haiwan-haiwan seperti burung yang menjadikannya seolah-olah mini zoo dikelilingi pokok-pokok menghijau.
- See more at: http://jomterengganu.blogspot.com/2010/04/jom-lawat-muzium-losong.html#sthash.OoifmTYz.dpuf

No comments:

Post a Comment