Monday, 17 June 2013

Kerja Dari Rumah


02 April 2013 adalah hari terakhir saya meletakkan jawatan di tempat kerja lama.  Perasaan sedih dan gembira berlegar-legar dalam fikiran.  Sedih sebab meninggalkan kawan-kawan dan meja kesayangan saya.  Gembira sebab akhirnya impian telah menjadi kenyataan.  Itulah yang saya inginkan selama ini iaitu hendak duduk di rumah dan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa sambil membuat bisnes dari rumah.

Selama sebulan saya pendamkan keinginan untuk berhenti kerja makan gaji dari suami.  Setelah membuat keputusan nekad dan memang hasrat untuk berhenti kerja sentiasa ada, saya meluahkan perasaan ini kepada suami setelah selesai menunaikan solat maghrib.  Alhamdulillah, En. Suami mengizinkan sebab dia tahu bahawa saya lebih suka duduk di rumah membuat bisnes online.  

Maka bermulalah rutin saya sekarang setiap hari kerja dari rumah.  Yang paling seronok adalah hero kenit saya iaitu Ahmad Wafi kerana setiap hari boleh berkepit dan bermanja lebih-lebih dengan Uminya. 

Walaupun duduk di rumah, rutin saya sama seperti kerja di ofis.  Bangun pagi macam biasa.  Setiap hari saya akan buka laptop dan semak emel, baca e-akhbar seperti Harian Metro, Kosmo dan Sinar Harian, buka FB dan google pelbagai maklumat mengenai ehwal semasa dan menjadi kemestian tentang bisnes online.  




Walaupun anda duduk dirumah, anda masih boleh menjana pendapatan.  Untuk menambah pembacaan,  anda boleh mendapatkan e-book hasil tulisan Pn. Masayu Ahmad (sifu saya).  Boleh hubungi saya di FB atau dari kedai buku online saya di www.facebook.com/UlatBukuOnlineBookshop.





E-book ini banyak membantu saya dan Alhamdulillah, saya akan terus menjana pendapatan walaupun hanya kerja dari rumah!

No comments:

Post a Comment