Friday, 21 June 2013

Alat Pemasaran Berkesan


Artikel saya yang lepas adalah mengenai pemasaran online.  Di samping pemasaran online, untuk lebih sukses dalam bisnes online, kita juga boleh memasarkan atau promosi secara offline.

Sebenarnya, teknik pemasaran secara offline juga masih relevan.  Makna pemasaran offline adalah proses transaksi penjualan barang secara langsung dimana pengguna dan pembeli bertemu dan dari situ terjadilah proses transaksi jual beli. Offline di sini bermakna kita memasarkan produk tanpa menggunakan internet, media sosial atau gadget lainnya.

Terdapat pelbagai cara untuk promosi bisnis anda secara offline.  Sudah semestinya kita hendak memilih medium pemasaran yang memberi pulangan tinggi tetapi dengan kos yang rendah. Berikut adalah antara alat pemasaran berkesan yang boleh digunakan bagi menyampaikan mesej dan promosi perniagaan anda :

1)    Risalah
Menyebarkan risalah merupakan salah satu cara pemasaran offline secara langsung. Untuk cara ini kita boleh menjangkau ramai orang dalam jangka waktu yang cukup pendek.  Kadangkala, ada orang yang tidak berminat untuk membaca risalah yang isi kandungannya terlalu detail atau panjang.  Ada yang hanya melihat sekilas pandang dan terus membuangnya sahaja.  Oleh itu, kita perlu membuat risalah yang sebaik mungkin dan dapat menarik perhatian orang ramai. 

2)    Mulut ke Mulut 
Teknik mulut ke mulut atau 'Word of Mouth' adalah salah satu cara pemasaran offline secara langsung.  Ada sesetengah orang yang baru hendak memulakan bisnis akan merasa malu untuk mempromosikan barangan mereka.  Namun sebenarnya ini adalah cara yang pemasaran yang paling murah dan juga efektif.  Sebagai permulaan, boleh bermula mempromosi barangan kita kepada ahli keluarga terdekat, kawan-kawan rapat dan saudara mara.  Setelah itu baru lah boleh diperkenalkan kepada orang-orang disekeliling kita dan belum dikenali.  Tak kenal maka tak cinta.  Jadi buangkan perasaan malu kita itu!

3)    Promosi
Kita boleh juga membuat pemasaran offline ini dengan membuat promosi tentang produk kita.  Ini adalah juga cara terbaik untuk memperkenalkan produk kepada orang ramai.  Kelebihannya adalah memperkenalkan produk kita dengan cara sekali sahaja iaitu tanpa berulang-ulang kali seperti cara mulut ke mulut.  Untuk menarik perhatian orang ramai mendengar promosi produk kita, adalah dengan mengundang mereka dengan cara yang berhemah, menarik dan tidak terlalu memaksa.

4)   Seminar
Selain dari di atas, kita boleh juga membuat pemasaran offline dengan mengadakan seminar yang berkaitan dengan produk kita.  Setelah itu kita boleh selitkan dengan membuat presentasi produk kita.

5)   Pameran
Mengadakan pameran, bazar atau ekspo juga adalah salah satu cara pemasaran offline.  Untuk yang baru bermula, pilihlah pameran yang tidak terlalu mahal sewanya tetapi mempunyai target yang betul dan kena pada sasarannya.  

6)   Menjadi Penaja
Selain itu, menjadi penaja juga merupakan pemasaran offline secara langsung. Kita tidak seharusnya mengeluarkan wang untuk menjadi penaja tetapi kita boleh memberi produk kita untuk menjadi cenderahati atau dipakai oleh pengelola acara yang kita taja.  Perlu diperhatikan juga apakah pengunjung/peserta acara tersebut merupakan target pasaran kita atau tidak.

7)   Kain Rentang
Memasang kain rentang atau banner juga merupakan salah satu cara pemasaran offline secara langsung.  Jika kita memasang kain rentang di jalan-jalan, kita perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk perkara-perkara seperti design, mencetak kain rentang dan lain-lain.  Oleh itu, sebelum kita membuat cara ini, kita perlu memikirkan dari segi lokasi dan pastikan lokasi pemasangan kain rentang ini sesuai dengan target untuk produk kita.

 8) Iklan Radio
Cara lain untuk pemasaran offline adalah dengan memperkenalkan produk kita di media cetak dan elektronik seperti televisyen dan radio.  Perbelanjaan yang dikeluarkan adalah mahal dan oleh itu kita kena pastikan kemampuan kita sebelum membuat pemasaran cara ini.  Pastikan juga samada cara ini adalah bersesuaian dengan target dan pasaran produk kita.





Rumusannya adalah pemasaran secara offline boleh dilakukan secara langsung, pada maksud dan tujuan iaitu untuk menjual produk kita. 




No comments:

Post a Comment