Wednesday, 19 June 2013

Pemasaran Melalui Facebook



Salah satu dari pemasaran online adalah menjual di Facebook.  Saya pasti ramai yang telah ada Facebook dan ramai yang telah berjaya menjual di Facebook.  Facebook adalah medium yang paling aktif di dalam bisnis online.  Setiap hari kita akan lihat status barangan yang dijual di Facebook. 

Oleh itu, semakin ramai yang berminat untuk menjual di Facebook, lagi-lagi setelah membaca banyak kisah kejayaan yang diraih oleh orang lain.  Selain itu, pengguna Facebook di Malaysia juga semakin biasa membeli-belah di Facebook.

Salah satu perkara yang menyebabkan ramai orang yang tidak mula berniaga dan menjual di Facebook adalah kerana tidak tahu produk yang dapat dijual dan tidak tahu bagaimana cara mendapatkan produk yang akan dijual itu.

Dalam perniagaan online mahupun offline, ia bukan mengenai “apa yang ingin kita jual”, tetapi persoalan yang betul adalah “produk apakah yang ramai mahu beli”.   Salah satu caranya adalah dengan melihat produk usahawan dan peniaga lain jual. Jika produk itu berjaya dijual, maka itu bermaksud produk jenis itu mendapat sambutan di Facebook.





No comments:

Post a Comment