Monday, 24 June 2013

Teknik Pemasaran Asas Offline


Kali ini saya nak berkongsi tentang 4 teknik pemasaran yang boleh digunakan untuk pemasaran secara offline.
 
4 teknik tersebut adalah :

1)    Produk (Product)
Sebelum kita hendak memulakan apa sahaja jenis perniagaan, kita perlu tahu apakah jenis produk yang hendak kita pasarkan. Produk yang hendak dipasarkan itu hendaklah produk yang menepati citarasa dan diterima oleh semua peringkat umur pengguna.  Yang paling penting kita mesti pastikan dan utamakan kualiti sesuatu produk itu sebelum dipasarkan.

2)    Promosi (Promotion)
Promosi adalah aspek penting di dalam sesebuah perniagaan.  Tanpa promosi yang betul, berkemungkinan perniagaan kita akan mengalami kegagalan.  Promosi merupakan komunikasi dua hala yang penting antara penjual dan pembeli.  

Sebelum membuat promosi, kita hendaklah menentukan anggaran bajet, target dan tujuan kita untuk hari tersebut.  Promosi yang kita buat itu bukan sahaja untuk menarik pelanggan baru pada hari promosi dibuat, tetapi juga supaya pelanggan baru dan lama akan ingat tentang keberkesanan produk kita itu. Contohnya, untuk menarik hati pelanggan, kita boleh memberikan 'corporate gift' yang unik semasa pelancaran promosi produk.  Secara tidak langsung, komunikasi 2 hala telah terjalin antara kita dan pengguna produk.

3)  Penetapan Harga (Pricing)
Di dalam sesebuah perniagaan, harga sesuatu barang adalah penting.  Didalam proses penetapan harga, persaingan yang tidak sihat seperti perang harga yang melampau adalah dilarang sama sekali. Persaingan yang sihat adalah perlu dengan menekankan kepada kualiti produk dan memberi nilai hebat kepada pelanggan dari produk yang dipasarkan.  
  
4)    Pemilihan Lokasi (Place)
Kita sedia maklum bahawa sebelum hendak memulakan perniagaan, lokasi juga memainkan peranan yang penting.  Pastikan anda memilih lokasi ditempat yang strategik dan menarik minat ramai pengguna.  Hubungan yang baik dengan semua pelanggan juga amat ditekankan. Pastikan juga pemilihan lokasi tersebut tidak menganggu persekitaran dan membebankan anda. 

Tips Pemasaran ini juga sesuai digunakan didalam pemasaran secara online atau Internet Business.

Semoga info saya diatas dapat dikongsikan.

No comments:

Post a Comment