Monday, 17 June 2013

Vitamin Shaklee



Hari dah lewat pagi tetapi mata masih belum mengantuk.  Setiap hari selepas sarapan dan sebelum tidur rutin wajib untuk makan vitamin shaklee.  Setiap hari sebelum sarapan mesti ambil ESP + Milo.  Segar dan tiada istilah penat sehingga ke tengahari.  Sejak jadi suri rumah tangga sepenuh masa, telah menjadi rutin bangun setiap hari jam 5.00 pagi buat sarapan untuk suami sebelum solat subuh. 

Selesai solat subuh terus sambung kerja-kerja rumah seperti menyapu, membasuh baju, mengemas rumah dan lain-lain kerja rumah sebelum hero kenit saya bangun.  Setelah itu ke meja kerja untuk membaca suratkhabar, buka emel, FB dan kemaskini blog.  Setelah berhenti kerja makan gaji ni, lebih banyak kerja rumah dari kerja ofis!
Belum lagi dikira jika ada urusan di luar seperti urusan bank, bayar bil atau ke pasar.  Walaupun penat tapi saya seronok kerana banyak masa dihabiskan bersama anak.  Tiada lagi bergegas seawal jam 6.30 pagi menghantar anak ke rumah pengasuh dan lewat jam 6.30 petang balik ofis mengambil anak.  Kalau hujan, kena keluar awal pagi sebab takut tersangkut di kesesakan jalan raya. 

Nasib baik lah supplemen vitamin Shaklee banyak membantu, seperti Vitalea, B Complex, ESP dan Vitamin E.  Tiada lagi istilah penat atau tiada stamina untuk membuat kerja-kerja rumah ni! 

Nak tau lebih lanjut lagi pasal Vitamin Shaklee ni, boleh lah jenguk-jenguk page saya di 
www.facebook.com/RahsiaSihatDanCantikSemulajadi. Banyak informasi menarik boleh didapati di sini.  Jika nak cuba, bolehlah hubungi saya ya.

Jangan malu jangan segan!  Dah cuba mesti nak lagi!




No comments:

Post a Comment