Thursday, 25 July 2013

Tips Drosphipping



Dropshipping adalah salah satu perniagaan yang terbaik  untuk anda yang berkerja dari rumah.  Dropshipping boleh menjadi cara yang terbaik untuk membuat wang dalam talian di samping ia juga boleh menjadi satu perniagaan yang sangat kompetitif. Perniagaan ini sangat minimum dari segi kos dan apa yang lebih penting adalah anda tidak perlu mengupah jurujual dan tiada stok disimpan. Anda cuma membuat promosi dan akan dibayar komisen.  

Anda boleh membuat blog atau fanpage untuk mempromosikan urusniaga cara ini.  Jika anda mempunyai kepakaran, boleh membina laman web jualan atau e-commerce.  Jika tiada bajet, bolehlah menjual menggunakan blog atau fanpage sahaja.  

Banyak dropshipper yang terdapat di pasaran seperti Edymart, EduWorld dan lan-lain.  Cuma perlu hubungi mereka dan dapatkan informasi selanjutnya.  Ada dropship berbayar dan percuma.

Untuk berjaya dalam bisnes dropshipping ini, saya boleh kongsikan dengan anda beberapa tips untuk kita praktiskan bersama :

1)  Cari maklumat tentang dropshipper di internet.  Anda boleh mendapatkan garis panduan daripada dropshipping forum dan laman web. 

2) Beri perhatian kepada cara penghantaran.  Beberapa dropshippers memerlukan 3 hari bekerja untuk memproses pesanan. Jika anda memilih dropshipper dari negara luar, perhatian perlu diberi kepada masa penghantaran yang mengambil masa beberapa minggu.

3) Jika anda menghadapi sebarang masalah semasa penghantaran atau terdapat beberapa kelewatan, anda perlu menghubungi pelanggan dengan segera.  Ini penting untuk mewujudkan komunikasi yang baik untuk jangkamasa panjang.  

4) Cuba jual produk di eBay kerana ia akan memberi potensi besar untuk dijual.  Buat beberapa pengiklanan atau laman web dan mengoptimumkan ia untuk diletakkan di kedudukan tinggi dalam enjin carian.

5) Salah satu cara yang paling berkesan untuk mendapatkan margin keuntungan yang lebih tinggi adalah untuk menjadi pakar dalam produk yang anda jual.  Ini bermakna anda tahu produk anda, tahu apa yang orang cari dalam produk berdasarkan pengalaman anda.  Pengetahuan ini membolehkan anda memberi ulasan tentang produk tersebut, menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan membuat pakej menarik berdasarkan produk yang ditawarkan.  

6) Pasarkan produk di beberapa saluran seperti eBay, Mudah.my, Lelong.my dan lain-lain. Ada yang menjual dengan harga yang lebih tinggi.  Cuba bereksperimen dengan pasaran yang berbeza adalah kerana apabila anda menghadkan diri kepada hanya satu tempat jualan, anda terlepas pelanggan yang mencari produk anda di pasaran lain. 

7) Bertindak balas dengan cepat pada emel atau mesej pelanggan untuk menggalakkan mereka terus membeli belah dengan anda.  Hantar mereka butir-butir penerimaan, tarikh penghantaran dan lain-lain.  Anda kena jujur dan amanah untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan sebagai cara mendapatkan maklum balas yang positif.  Setiap interaksi dengan pelanggan perlu diambil kira sebagai satu peluang untuk menunjukkan kepakaran anda dan secara tidak langsung menggalakkan pelanggan berulang ke kedai anda walapun pesaing anda menawarkan harga yang lebih rendah daripada anda.

8) Mengoptimumkan produk anda dari segi penerangan produk, latar belakang gambar, kualiti senarai produk.  Ramai dropshipping hanya akan menyalin penerangan produk dan foto dropshipper. Cuba tulis penerangan dari anda sendiri dan menggunakan gambar anda untuk mempromosikan produk.  Lebih baik lagi jika anda menyimpan beberapa sampel walaupun tidak perlu menyimpan stok produk untuk dijual.  Ini adalah untuk anda membuat penerangan produk dan anda adalah modelnya.

9) Pastikan produk sentiasa ada stok dan mudah untuk berurusan.  Jika sentiasa tiada stok, pelanggan akan bosan dan tidak lagi mahu berurusan dengan anda.

10) Kaedah pembayaran yang boleh diterima, samada bank tempatan, paypal, kad kredit atau cek.

Secara keseluruhannya, memilih pembekal yang tepat, pengiklanan produk yang betul, menjual kepada orang yang tepat pada masa yang betul akan membawa anda menjadi seorang usahawan internet yang berjaya.  


















No comments:

Post a Comment