Friday, 12 July 2013

Air Khatira


Assalamualaikum teman-teman semua,

Sempena bulan puasa mesti teringat air Kathira.  Air ini hanya akan muncul semasa bulan Ramadhan sahaja.  Semasa saya mula-mula datang ke Johor Bahru dahulu, memang agak pelik sebab itulah pertama kali dengar dan cuba.  Memang sedap rasanya.  Lemak manis, berkrim dan hingga menjilat jarilah!  Air Kathira ni hanya popular di Johor Bahru dan Singapura sahaja.  Pernah tak jumpa di Kuala Lumpur atau tempat lain?  Mungkin ada tetapi kurang dari segi rasa dan warna agaknya. 

Tetapi sejak dah duduk di Johor Bahru ni dan setiap kali bulan Ramadhan, air ini menjadi menu minuman utama penduduk di sini.

Jom saya kongsikan resipinya di sini dan bolehlah mencubanya.




AIR KATHIRA

(Minuman kegemaran orang Islam India Selatan)



BAHAN-BAHANNYA :

Disediakan lebih awal :


Sirap : Didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air.
Masukkan 1 helai daun pandan, hingga larut gulanya.


1 cawan besar kathira - direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis.
Dibilas dengan air masak dan ditapis lagi.

10 butir kembang semangkuk - direndam semalaman buangkan biji dan kulit.

Ditapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi.

1 sudu besar rata biji selasih - direndam dalam air masak hingga ia mengembang, kemudian ditapis lagi.

1 tin susu cair (sejat)- 'evaporated milk' - (410 g)
1 cawan sirap
6 cawan air
1 sudu teh air mawar


CARA MEMBUATNYA :

Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan katira, kembang semangkuk dan biji selasih. Tuangkan sirap, air susu dan air mawar. Dikacau rata. Masukkan ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.




NOTA :



Biji Selasih -boleh didapati dari kedai India atau dari gerai peniaga Cina yang menjual makanan kering di pasar.



Kembang semangkuk - boleh didapati dari kedai sinseh Cina



Kathira - dapatkan dari kedai peniaga India. Orang-orang Islam gemar minum katira semasa bulan puasa. 

                                                                             Sebelum direndam




                                                                               Setelah direndam


Inilah hasilnya.  Yang ini original warna putih.




Sekarang dah diubahsuai jadi warna hijau macam di bawah ni



Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.




No comments:

Post a Comment