Saturday, 6 July 2013

Alat Pemasaran Offline



Di dalam pemasaran offline, kita memerlukan alat yang sesuai untuk memastikan perniagaan kita berkesan dan meninggalkan impak yang besar kepada pelanggan.

1) Surat-menyurat
 Pastikan anda memasukkan alamat web dan alamat anda disemua urusan surat-menyurat.

2) Kad Perniagaan
Setiap peniaga wajib ada kad perniagaan.  Pastikan anda memberi kad perniagaan anda kepada sesiapa sahaja yang anda jumpa.  Jika terdapat pertukaran di kad lama dan jika anda baru mempunyai laman web, pastikan anda memberi kad baru ini kepada orang yang anda temui dan bukan setakat melekatkan label pada kad.  Ini tidak akan kelihatan profesional.   

3) Media Cetak
Gunakan media cetak seperti suratkhabar, majalah atau risalah untuk mempromosikan perniagaan anda.  Hubungi akhbar tempatan, majalah atau apa sahaja penerbitan untuk mengiklankan perniagaan anda.

4) Pelekat Kereta
Anda boleh juga menggunakan kaedah ini untuk mempromosikan perniagaan anda.  Gunakan tulisan dan font yang mudah supaya teks boleh dibaca oleh orang ramai.

5) Pakaian
Cara ini boleh juga digunakan.  Tshirt atau pakaian seragam yang digunakan oleh kakitangan atau pekerja anda boleh digunakan.
  
Anda juga boleh mempromosikan perniagaan anda di setiap acara yang anda hadiri seperti seminar, konsert, pesta dan lain-lain.  Anda boleh membuat banner, sampel produk dan produk percuma untuk diedarkan kepada orang ramai.  Jika anda menjual produk atau menyediakan perkhidmatan kreatif, pamirkan sampel anda untuk tatapan orang ramai.


No comments:

Post a Comment