Tuesday, 2 July 2013

Apa itu Bisnes Online?




Apakah maksud pemasaran online?  Pemasaran online atau juga dikenali sebagai Internet Marketing kini semakin popular. Ramai usahawan mula menggunakan Internet bagi memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. Bisnes online bermaksud mencari wang melalui media internet dengan modal kecil dan menjual barang melalui laman web serta blog. 

Bisnes online merupakan satu aktiviti pemasaran produk atau perkhidmatan yang dilakukan secara atas talian. Disebabkan pengguna Internet yang semakin ramai meluangkan masa mereka di media sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain, ini merupakan satu peluang keemasan untuk pemasaran secara online. Jika bisnes offline mempunyai kedai tetapi bisnes online semuanya dijual di Internet. Kedai anda adalah internet dan segala urusan jual beli menerusi Internet.

Terdapat pelbagai bisnes online yang boleh dibuat seperti pakaian, tudung, barangan elektronik, makanan, buku, makanan kesihatan dan lain-lain. Anda boleh juga menyediakan ruangan iklan di blog, laman web, klik iklan dan sebagainya. 

Terdapat pelbagai langkah untuk memulakan bisnes online : 

1) Apakah tujuan anda?
Jangan sebab orang lain buat anda pun hendak ikut sama tanpa tujuan. Pastikan anda betul-betul minat. Memang ada yang ramai cepat dapat duit, tetapi anda perlu tahu bahawa untuk berjaya perlu ada ilmu dan hala tuju anda. 

Proses untuk berjaya kadang kala banyak rintangan tetapi kerja keras, komited, fokus dan sabar adalah kunci utama ke arah kejayaan. Sekarang banyak informasi boleh didapati daripada laman web atau blog tertentu mengenai bisnes online. Hanya perlu rajin untuk mencari maklumat atau hadiri seminar, konvensyen, promosi dan lain-lain.

2) Apa yang hendak dijual?
Terdapat banyak produk yang boleh dijual samada barangan sendiri, produk orang lain, produk fizikal atau digital. Produk ini boleh dijual secara dropship, affiliate, menjadi ejen atau pemborong. Hubungi tuan punya produk dan dapatkan maklumat lanjut.

3) Buat blog atau laman web
Blog atau laman web adalah media perantaraan di antara anda dan pengguna. Anda cuma perlu menampilkan tulisan dan gambar produk supaya boleh dilihat oleh orang ramai di Internet. 

Membuat blog adalah percuma atau berbayar. Bagi yang tidak tahu asas membuat blog untuk bisnes, anda boleh belajar di sini.






Lokasi kelas : Alam maya. Cukup ada sambungan Internet dan komputer.
Harga : RM150 termasuk ebook.
Masa : Terpulang kepada kelapangan pelajar dan guru.
Pemantauan sehingga pelajar berjaya menghasilkan 44 entri blog dengan bahasa dan input yang menarik. 

Mempunyai blog adalah satu cara strategik untuk memulakan bisnes online. Walaupun anda tidak berminat untuk menjual barang, anda masih lagi boleh mempunyai bisnes online melalui blog. 

Untuk yang betul-betul mahu serius berbisnes onlie, memiliki blog atau website di samping Facebook adalah menjadi satu kemestian. Blog menjadi tempat dimana ramai orang boleh melihat produk yang dijual dan berurusan dengan anda.

Untuk berjaya di dalam bisnes online, anda perlu tahu cara yang betul bagaimana untuk bermula dan sentiasa berada di trek yang  tepat. Jadi anda perlu berterusan menambah pengetahuan dan memperluaskan wawasan dan hala tuju anda di dalam bisnes online.

Bagi yang belum mempunyai pengalaman berbisnes online, anda tidak perlu menaruh harapan yang terlalu tinggi untuk berjaya dalam tempoh 1 atau 2 tahun. Segalanya anda yang tentukan.



No comments:

Post a Comment