Tuesday, 23 July 2013

Bagaimana Blog Dapat Membantu Bisnes Anda


Salah satu urusniaga online adalah melalui blog.  Blog boleh meningkatkan perniagaan anda.  

Apakah blog?  Blog adalah sebuah lawan web yang terdiri daripada jurnal yang pendek tetapi sering dikemaskini.  Artikel-artikel baru sentiasa ditambah dari masa ke semasa.  Ada yang menulis blog setiap minggu dan ada juga yang menulis blog setiap hari.  Di dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan anda. 

Terdapat 2 kategori umum tentang blog :

1) Blog Peribadi : Sebagai diari dan catatan harian
2) Blog Perniagaan : Sebagai perantara korporat untuk berkomunikasi dengan pelanggan atau pekerja untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran.

Untuk berurusan secara online, sudah semestinya blog perniagaan adalah kaedah terbaik.  Blog ini dapat membantu untuk berkongsi kepakaran syarikat, membina trafik web tambahan dan berhubung dengan pelanggan berpotensi.  

Bagaimana blog boleh membantu bisnes anda?  Mudah sahaja.  Anda hanya perlu menulis apa yang terlintas di fikiran anda, beri pautan blog kepada sumber-sumber seperti JomNiaga.com, Nuffnang dan lain-lain.  Pautan ini menawarkan semua alat blog mudah untuk anda memulakan bisnes anda.  

Blogging adalah alternatif kos rendah untuk mempunyai laman web.  Bagi bisnes kecil yang tiada masa untuk belajar buat blog, apa itu html web dan lain-lain terma IT, anda boeh mengupah pakar bina blog yang menawarkan kaedah yang murah dan berpatutan untuk memaparkan bisnes anda di Internet.

Blog perniagaan adalah platform untuk anda berkongsi kepakaran dan pengetahuan dengan penonton yang lebih besar.  

Anda boleh buat blog sendiri tanpa mengupah pakar.  Bukan setakat blog bisnes tetapi blog peribadi pun anda boleh buat.  Belajar dengan kami di Akademi Bekerja Dari Rumah.

Untuk pendaftaran lanjut anda boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com 

Kelas kami fleksible.  Syaratnya mudah.  Anda hanya perlu ada komputer sudah boleh bermula.  Pembelajaran secara online.  

Yuran kelas RM130 + RM50 ebook asas blog + RM25 ebook Super WAHM SOHO. Pelajar hanya perlu bayar RM155 (promosi Ramadhan).  Percuma ebook asas blog.


  

     

   

No comments:

Post a Comment