Monday, 29 July 2013

Bagaimana Fanpage Boleh Bantu Perniagaan Saya?


Urusniaga online juga boleh dilakukan di Facebook.  Ianya telah menjadi laman web sosial yang mendapat populariti di seluruh dunia dan boleh membantu mengembangkan perniagaan anda.  Facebook bukan setakat boleh diakses melalui laman web tetapi juga di telefon bimbit pintar (smartphone) dan PDA. 

Sekarang ini ramai telah menggunakan Facebook dan secara tidak langsung banyak perniagaan telah beralih kepada Facebook sebagai satu cara untuk mendapat pelanggan yang berpotensi.  Ini boleh dilakukan dengan membina laman Fanpage. 

Pertimbangkan perkara berikut dan kemudian buat keputusan sama ada sesuai untuk anda :

1) Gunakan Facebook untuk perniagaan anda hanya dengan membina Fan Page.  Fan Page mudah dibina hanya dengan membina halaman tanpa melibatkan profil peribadi anda.     Untuk membina akaun jenis ini, hanya klik pada pautan "Buat Halaman untuk selebriti, kumpulan atau perniagaan." Ini akan memberikan anda akses kepada halaman Fan Page anda. Dari sini anda juga boleh mentadbir kempen iklan.

2) Apabila anda hendak membina Fanpage, perlu ada nama yang bersesuaian dengan produk yang dijual.  Letakkan gambar, no telefon dan maklumat lain seperti cara pembayaran, detail tentang perniagaan anda, maklumat produk dan lain-lain.

3) Pastikan kandungan Fanpage anda sentiasa dikemaskini.  Selain dari menjual produk anda, sentiasa kongsikan informasi lain yang berkaitan dengan produk yang ditawarkan.  Sebagai contoh, jika menjual tudung atau shawl, kongsikan informasi tentang tips menjaga tudung, cara pemakaian, tudung yang bersesuaian dengan seseorang dan lain-lain berkaitan.  Secara tidak langsung ini dapat menarik trafik ke fanpage anda dan seterusnya menjadi pelanggan.

4) Perlu sentiasa memantau setiap posting yang dihantar oleh pelanggan.  Maklum balas dengan cepat dan konsisten. 

5) Harus diingat bahawa peminat tidak sama dengan pelanggan yang aktif.  Ramai orang yang menjadi peminat halaman hanya berkata 'saya suka ini' tetapi pelanggan akan kata 'saya nak beli ini'.  Fahamkan perbezaan ke dua-duanya.

6) Untuk menaikkan trafik fanpage anda, perlu ada sasaran dan matlamat. Sebagai contoh, hendak meningkatkan hasil sebanyak 15% kepada majoriti yang berumur 25 - 34 tahun.  Gunakan FB Ads atau jika perlu belanjakan lebih sedikit pemasaran di tempat lain.

7) Jika anda sudah mempunyai akaun Twitter, pautkan (link) Fan Page anda ke sini.  Ini akan menambahkan maklumat perniagaan anda, gambar, nota dan aktiviti untuk dikongsikan dengan pengikut Twitter anda.  Perlu diingat bahawa kandungan pada Fan Page anda harus unik dan berinformasi sehingga peminat anda akan sentiasa mengikuti perkembangannya.  Begitu juga dengan akaun Twitter anda.  Mempunyai kandungan yang unik di kedua-dua Fan Page dan Twitter boleh menarik peminat dan pengikut yang tegar.

8) Menambah logo akan membantu menjenamakan Fan Page anda.  Pilih logo yang bersesuaian dengan produk anda.

9) Pautan kepada blog juga penting untuk pengikut anda mengikuti setiap perkembangan perniagaan anda.  Blog dapat memberi lebih informasi tentang sesuatu produk.  

10) Boleh juga buat forum perbincangan tentang produk anda di page.  Di sini mereka boleh memberi ulasan, komen atau apa sahaja tentang produk anda.  Ini boleh menjadi alat yang baik untuk berinteraksi dengan pelanggan dan mendengar maklum balas yang jujur. Walau bagaimanapun, anda perlu memantau dengan teliti dan bertindak balas dengan serta-merta dengan apa-apa maklum balas negatif.

11)  Wawarkan tentang promosi, jualan murah,diskaun dan lain-lain teknik untuk menarik pelanggan.   
 
12) Video atau You Tube juga boleh membantu untuk menaikkan trafik anda.  

13) Jika anda membuat kandungan post yang menarik, pengguna lain akan berkongsi post tersebut.  Ini boleh membina pembaca dan menarik peminat baru anda.  

14) Jangan cuba untuk menipu pelanggan yang berpotensi dan elakkan paksaan dalam setiap urusniaga.  
 
Kesimpulannya, anda yang menentukan bagaimana anda hendak mencorakkan fan page anda.  Gunakan laman media sosial ini sebagai laman perkongsian berguna untuk orang ramai.  Sikap mesra, membantu, berkongsi maklumat dan membina reputasi yang baik membuatkan pelanggan mempercayai anda.  Jadi anda perlu tahu bagaimana untuk menggunakan Fan Page untuk memanfaatkan perniagaan anda.

--------------------------------------------------------------

Untuk yang baru bermula dan tidak pasti bagaimana hendak membuat blog dan Fan Page bolehlah hubungi saya untuk mendapatkan ebook ini.

 

 




No comments:

Post a Comment