Sunday, 7 July 2013

Bagaimana Membuat Strategi Pemasaran Online yang Berjaya


Bagaimana hendak bermula?  Macam-macam media sosial telah disediakan tetapi tidak tahu, sukar untuk bermula?  Jadi sebelum kita bermula dengan mana-mana kempen pemasaran online, ambil perhatian perkara ini dahulu :

1) Kenapa Anda?
Orang ramai akan membeli daripada orang-orang yang mereka tahu, suka dan amanah.   Keghairahan dan keseronokan untuk memasarkan produk dapat membantu orang lain untuk menggunakan produk anda.  Oleh itu anda perlu menunjukkan anda tahu apa yang anda tawarkan dan mengapa anda lakukan.


2) Matlamat
Apa yang anda ingin capai?  Adakah anda ingin meningkatkan trafik ke laman web anda?  Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap jenama anda?  Meningkatkan jualan?  Menetapkan matlamat adalah sesuatu yang paling sukar untuk memulakan pemasaran tetapi itu juga adalah yang penting jika ingin berjaya di dalam perniagaan.  Tetapkan harapan yang realistik dan strategi khusus untuk berjaya.

3) Tahu Pesaing Anda
Anda tidak perlu menguasai 'The Art of War' untuk kempen pemasaran yang berjaya, tetapi anda perlu tahu apa yang pesaing anda tawarkan kepada pengguna.  Apa taktik dan pemasaran yang mereka gunakan?  Sebagai contoh, jika anda sedang menggunakan PPC (pay per click), kaji apa pesaing anda lakukan.  Bagaimana kompetitif mereka?  Buat penilaian dan bersaing dengan cara yang betul.

4) Kenali Pengguna Anda
Siapakah pelanggan ideal anda?  Lelaki atau perempuan?  Berapa umur mereka?  Di mana mereka tinggal? Di mana mereka suka menghabiskan masa mereka di internet? Jika mereka membaca akhbar atau blog tertentu, ini akan menjadi tempat yang sesuai untuk anda mengiklankan perniagaan anda.  Jika mereka menghabiskan masa di laman media sosial seperti Facebok dan Twitter, dekati mereka dan bina perhubungan serta perkenalkan produk yang anda tawarkan.




3 comments:

  1. artikel yg bagus dan berkualiti.. thankyou for share..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Laman Jomria. Semoga kita sama2 manfaatkannya

      Delete
  2. info yg berguna sebagai panduan

    ReplyDelete