Saturday, 27 July 2013

Bagaimana Menggunakan Strategi Pemasaran Offline


Internet telah menyebabkan ramai orang menggunakannya sebagai media sosial untuk menyampaikan maklumat di samping sebagai pemasaran online.  Ini tidak bermakna kaedah offline tidak digunakan.  Pemasaran offline telah digunakan sejak lama sebelum pemasaran online wujud.  Jadi strategi pemasaran secara offline masih berjaya mendapatkan pelanggan.  Ramai orang tidak sedar bahawa pemasaran offline adalah kaedah terbaik untuk pemasaran dan membina rangkaian yang besar.  Kita akan membincangkan bagaimana seseorang boleh menjalankan perniagaan mereka dengan menggunakan kaedah ini.

1) Hubungan sesama pelanggan adalah penting dalam membina pemasaran offline.  Secara tidak langsung ini dapat mewujudkan sikap mempercayai dan hubungan erat dapat dijalinkan.  Kebanyakan orang mahu menjalankan perniagaan dengan orang yang mereka suka dan boleh dipercayai.  Anda boleh menyertai seminar, kelab, persatuan dan lain-lain.  Di sinilah tempat anda boleh berjumpa ramai rakan perniagaan dan bertukar-tukar kad perniagaan.  

2) Sentiasa membawa kad perniagaan sekurang-kurangnya 10 atau 20 keping di dalam poket anda.  Pastikan kad perniagaan anda lengkap dengan nama, no telefon dan lain-lain informasi penting.  Cara ini juga berkesan kerana anda hanya perlu meletakkannya di restoran, pejabat, lobi hotel atau di mana-mana tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. 

3) Masih ramai yang tidak tahu menggunakan internet, facebook, blog atau emel. Jadi di sini pemasaran offline penting dan masih digunakan secara meluas.  Ini telah dibuktikan dengan adanya papan iklan di merata tempat, brosur, poster, televisyen, radio, risalah dan lain-lain.  Ia adalah kaedah yang boleh dipercayai dan kebanyakkan pelanggan lebih suka menggunakan pemasaran ini untuk mengelakkan banyak penipuan di internet. 

 

2 comments: