Wednesday, 24 July 2013

Bazaar Ramadhan


Pagi tadi saya bersama anak berjalan-jalan ke Kompleks Pasir Gudang.  Tujuan saya adalah untuk berjumpa kawan sambil menjenguk-jenguk Bazaar Ramadhan.  Tahun ini tidak banyak gerai yang menjual kuih-kuih raya tetapi banyak yang menjual baju raya dan kelengkapan raya.  Kedai pun banyak yang sudah berpindah.  Saya dapat tahu dari salah seorang penjual di situ adalah kerana sewa semakin mahal dan tidak ramai pelanggan.

Sambil menjenguk-jenguk Bazaar Ramadhan, sempatlah pula saya membeli kopiah untuk hero kenit saya.  Beraya sakanlah dia tahun ini!  Baju raya untuk dia dah beli Ahad lepas di Jaya Jusco Plentong.  Biasalah bila musim perayaan, semua pusat membeli belah akan adakan jualan murah.  

Sebelum membeli belah, kita kena bajet dahulu.  Jangan beli ikut suka.  Kadang-kadang baju yang murah tu sebenarnya adalah harga yang sama sebelum jualan murah.  Itulah yang saya pernah dengar dari kawan saya.  Jadi jangan tertipu dengan jualan murah ini. Pandai-pandailah kita berhemah apabila membeli belah untuk musim perayaan.  Jangan sebab nak cantik kita bergolok gadai. 

Kalau untuk yang malas nak beratur panjang atau bersesak-sesak dengan trafik jam, bolehlah membeli belah di Zaza's Superstore.  Ini fanpage saya.  Macam-macam ada.  Banyak pilihan di sini.  Klik dan bayar.  Mudah kan?  Tak penat berjalan-jalan.


 

No comments:

Post a Comment