Friday, 19 July 2013

Cara Membuat Strategi Offline


Hari ini strategi pemasaran online telah menjadi keutamaan kepada syarikat-syarikat untuk memasarkan jenama dan produk mereka kepada komposisi yang lebih luas.  Bukan sahaja cara ini lebih praktikal tetapi ia juga lebih berkesan daripada pemasaran secara offline.  Malah syarikat online terbesar dan terkenal seperti eBay dan Amazon.com juga telah memilih untuk menggunakan strategi pemasaran offline bagi meningkatkan populariti mereka kepada pengguna yang lebih menyeluruh di serata dunia.

Mari kita lihat apakah strategi offline yang dimaksudkan.

1) Tahu Pengguna Anda
Untuk membantu perniagaan anda berjaya, kaji penonton anda.  Ketahui pengguna anda.  Anda perlu berada di tempat mereka, apa yang mereka mahu dan perlukan, bagaimana untuk mendapatkan perhatian mereka dan kaji tahap kewangan mereka.  Trafik lawan web dapat membantu untuk mendapatkan semua data ini.  Analisa dengan teliti senarai pengguna anda. 

2) Susun Pelan Pemasaran
Setelah anda faham pengguna anda, anda sudah boleh mula menyusun strategi pemasaran. Sebagai contoh, jika anda membuat iklan cetak, rancang dengan teliti butiran iklan tersebut.  Pastikan setiap detail adalah penting dan relevan kepada syarikat anda, seperti skim warna yang digunakan, gambar, susun atur keseluruhan iklan dan bentuk tulisan.  Iklan cetak anda mesti menarik perhatian serta mudah difahami.  Biarkan iklan cetak bekerja untuk anda!  Pengguna faham dan tahu apa yang ditawarkan oleh syarikat anda.

3) Analisa Iklan Cetak
Sebelum menyiarkan iklan cetak anda, anda boleh membuat analisa atau pra ujian supaya pengguna dapat memberi komen terhadap iklan cetak anda.  Ambil perhatian kepada komen, cadangan, penilaian dan reaksi mereka kerana ia akan menjadi panduan anda dalam meningkatkan iklan cetak anda.  Anda perlu bijak meletakkan iklan cetak anda di tempat-tempat awam dan mudah dilihat oleh orang ramai.



No comments:

Post a Comment