Sunday, 7 July 2013

Cara Strategi Pemasaran Online



Di dalam setiap perniagaan online, strategi yang betul adalah perlu untuk meningkatkan jualan.  Kita perlu tahu menggunakan media sosial, SEO, senarai emel, affiliate dan banyak lagi. 

Apa yang perlu kita tahu bagaimana untuk meningkatkan strategi online?

1) Jenama dan imej perlu ada sebelum produk anda dipasarkan.  Di dalam dunia pemasaran hari ini, nama jenama dan imej ada penting sebagai strategi.  Jenama membuatkan anda dikenali dikalangan pesaing anda.  Oleh itu memilih nama,cap dagang, laman web dan pelan perniagaan adalah penting.

2) Mula-mula anda perlu mengkaji pesaing anda.  Ini boleh dibuat dari laman web mereka melalui proses jualan.  Kenal pasti strategi pemasaran mereka yang lepas dan sekarang supaya anda tahu apa yang pesaing anda tawarkan.

3) Pilih pengguna ideal anda.  Kaji sasaran yang bersesuaian dengan strategi anda. Fokus kepada bajet pemasaran online anda.

4)  Tiru strategi pemasaran daripada pesaing anda.  Ini boleh dibuat melalui penyelidikan pasaran contohnya berapa pengikut mereka di Facebook, berapa ramai yang menghantar senarai emel dan berapa ramai yang mengulas entri blog mereka. Ini boleh dijadikan sebagai kempen pertama di dalam senarai strategi anda. 

5) Mempelbagaikan internet sebagai pemasaran online anda.  Untuk menarik pengikut, media sosial dan blog perlu sentiasa dikemaskini.  Ini perlu untuk memastikan pengikut tahu apa yang berlaku kepada perniagaan anda. Anda boleh buat sendiri atau bayar kepada pakar untuk menulis artikel SEO.  Artikel ini bukan hanya terhad kepada produk anda, tetapi juga menawarkan tips atau nasihat untuk memperkenalkan produk anda. Dengan cara ini, laman web anda akan muncul pada halaman pertama di carian enjin.

6) Mengumpul atau membeli senarai emel.  Kebiasaannya perniagaan besar mempunyai senarai emel yang ramai dan anda boleh berunding untuk mendapatkan senarai emel ini daripada mereka.  Hantar senarai emel bulanan kepada pelanggan tentang produk anda.

7) Buat video testimoni orang yang menggunakan produk anda di laman web. Testimoni ini boleh disiarkan di YouTube, Facebook atau media sosial lain untuk menarik pengguna ke laman web anda. Jika ada bajet lebih, anda boleh mengupah pakar pereka grafik untuk membuat iklan. 

8) Pelancaran kempen yang konsisten untuk beberapa hari dan minggu dapat menarik pelanggan baru. Buat susulan semua pesanan anda secepat mungkin supaya pelanggan tidak lari.

Ada strategi lain? Boleh dikongsikan di sini.





2 comments: