Saturday, 20 July 2013

Doa Untuk Ibu Bapa


Saya suka tengok Ustaz Haslin aka Ustaz Bollywood dalam rancangan Al Quran Menjawab di TV9.  Ustaz akan memberi ceramah sambil menyanyi lagu Hindustan.  Mata pun tidak mengantuk mendengar ceramahnya. 

Kata Ustaz : Apabila seorang hamba memutuskan doa untuk kedua2 ibu bapanya, dia telah memutuskan rezeki untuk dirinya sendiri.  Jika kita ikhlas berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa, rezeki pun akan berlipat kali ganda.

Maka beruntunglah kepada sesiapa yang masih lagi ada ibubapa. Sentiasalah memohon maaf kepada mereka walaupun sekecil-kecil kesalahan yang kita buat. Peluk dan ciumlah tangan mereka. Selalulah minta restu, bergurau senda untuk mengembirakan mereka. Sentiasalah berdoa untuk mereka.  Mintalah mereka mendoakan supaya cita-cita dimakbulkan. Doa ibubapa yang redha akan anaknya akan dikabulkan Allah.

Saya telah kehilangan kedua-dua ibu dan bapa. Alangkah bertuahnya kepada yang masih mempunyai ibu dan bapa. Kepada yang sudah ketiadaan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali, selalulah sedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Amalkan setiap hari selepas bangun dari tidur ataupun setiap kali selepas solat bacakan Al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada mereka di alam barzakh. InsyaAllah, Allah akan beri melimpah-limpah rezeki kita.

Jom kita amalkan. Jom kita berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa. Semoga hidup kita diberkati Allah dunia dan akhirat.







No comments:

Post a Comment