Tuesday, 30 July 2013

Etika Perniagaan Online


Walaupun menjalankan perniagaan secara online, anda perlu sentiasa mengekalkan sikap profesional pada setiap masa.  Etika urusniaga online atau dalam talian tidak seperti etika urusniaga offline.  Ia memerlukan perhatian kepada tatabahasa, nada dan budi bicara anda.  Perbezaannya adalah sebaik sahaja anda menghantar sesuatu di internet, samada emel atau mengemas kini halaman perniagaan atau fanpage, pastikan anda menghantar mesej yang betul mengenai perniagaan dan diri anda.

1) Etika Menggunakan Emel
Mesej emel perlu profesional dan ringkas.  Mesej emel yang panjang berjela-jela berkemungkinan kurang dibaca.  Emel kena padat, tepat dan relevan kepada soalan.  Gunakan tanda baca dan ejaan yang betul untuk meningkatkan kredibiliti anda.  Letakkan nama penuh, tajuk, laman web dan maklumat berkaitan.  Gunakan alamat emel syarikat bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja sahaja.  Elakkan menghantar jenaka, surat berantai dan lain-lain yang berkaitan.  

2) Etika Menggunakan Sosial Media
Perlu tahu bezakan antara perniagaan dan soal peribadi apabila menggunakan media sosial.  Facebook mempunyai ciri-ciri privasi yang membolehkan anda membuat senarai pelanggan untuk tujuan yang berlainan.  Masukkan butir-butir yang berkaitan dalam profil perniagaan anda seperti berita syarikat dan informasi produk.  Media sosial adalah alat yang berkesan untuk berhubung dengan pelanggan tetapi cuba elakkan promosi yang berlebihan.  Untuk menggambarkan imej anda kurang professional, cuba elakkan penggunaan singkatan yang berlebihan, emotikon dan lain-lain yang berkaitan.

3) Etika Menggunakan SMS
SMS semakin meluas ketika ini.  Perkhidmatannya cepat untuk mendapatkan maklumat dengan segera.  Di dalam urusan perniagaan, SMS boleh digunakan untuk soalan-soalan ringkas yang memerlukan jawapan segera, mengemaskini jadual atau jemputan makan tengahari.  Jangan sekali-kali menggunakan SMS untuk menghantar maklumat sulit atau pengumuman penting mengenai perniagaan anda.  Untuk sesuatu perkara yang memerlukan penerangan tentang produk atau penting, anda boleh emel atau telefon.  

4) Etika Mengenai Pesaing Anda
Elakkan penggunaan taktik pemasaran online yang berunsur negatif terhadap pesaing anda. Ini menggambarkan etika tidak elok di mata pengguna anda. Bersaing secara positif dan bukan dengan menipu atau menjatuhkan orang lain. Jika membuat perbandingan produk atau perkhidmatan anda dengan pesaing, buat perbandingan yang adil menggunakan fakta-fakta yang berkaitan.  Biar pelanggan buat pilihan.  Teliti ciri-ciri perbandingan tersebut dan cari jalan untuk menyelesaikannya. 








2 comments:

  1. Entri yang membina. Bagus. Please singgah blog saya vita-tips.blogspot.com

    ReplyDelete