Tuesday, 23 July 2013

Fikir Di Luar Kotak

  

Untuk berjaya di dalam sesuatu pemasaran, strategi offline juga adalah penting.  Media sosial juga memainkan peranan yang penting untuk pemasaran cara ini.  

Cuba lihat di sekeliling kita.  Banyak pemasaran offline menggunakan media sosial.  Lihat bilangan papan iklan yang terdapat di merata-rata tempat di sekeliling kita.  Banyak kan?  Berapa banyak iklan di bungkusan beberapa produk seperti tin minuman, paket makanan dan lain-lain?  Tetapi ramai peniaga lupa untuk mengintegrasikan media sosial cara ini ke dalam pemasaran offline mereka.  Hasilnya ramai pelanggan yang masih tidak tahu tentang produk mereka. 

Anda boleh juga menawarkan pemasaran offline dengan membuat bahan bercetak seperti kad perniagaan, slip pujian, tawaran percuma dan lain-lain.  Selain dari itu, bahan pengiklanan seperti banner, poster, flyers boleh juga dibuat.  Untuk lebih meluas, jika ada bajet besar, bahan penyiaran seperti radio dan televisyen boleh diambilkira.

Luaskan kuasa pemasaran anda!  Bukan setakat di Facebook dan Twitter sahaja. Sasar penonton anda dan tawarkan pemasaran yang mereka cari.  Buat satu pemasaran yang menarik hati pelanggan dan bukan pemasaran yang syok sendiri.

Fikir diluar kotak.  Buat sesuatu yang aneh tapi menarik!

Saya petik apa yang dikongsikan oleh Irfan Khairi jutawan Internet Malaysia.  Berfikir diluar kotak perlu menggunakan kreativiti dalam pemikiran, melihat cara penyelesaian pada sudut yang berbeza serta berbeza dari status quo.  Berfikir diluar kotak adalah sesuatu yang anda boleh practice to make it perfect!




     




No comments:

Post a Comment