Saturday, 13 July 2013

Housewives Enhancement Reactivate Talent Scheme (HEARTS)



Berita baik untuk surirumah tangga sepenuh masa seperti saya. HRDF menganjurkan program secara percuma.

HEARTS menyasarkan kumpulan surirumah atau ibu tunggal berwarganegara Malaysia, berumur antara 25 hingga 60 tahun dan mempunyai kelayakan pelajaran sekurang-kurangnya Diploma.

Anda boleh lihat Facebook HEARTS di sini.


Kementerian Sumber Manusia bakal melatih 40,000 suri rumah di bawah program 1Malaysia Support for Housewives. Program ini tidak terhad kepada suri rumah sahaja, ia juga digubal khusus untuk ibu-ibu tunggal, OKU wanita dan wanita-wanita yang menjadi punca utama pendapatan keluarga. Semoga program ini dapat membantu meningkatkan pendapatan isi rumah mereka.

Bagi suri rumah yang berminat untuk menghadiri program ini, sila ke link HEARTS untuk pendaftaran dan keterangan lanjut. 

Kursus-kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut :
1) Insurans
2) Agen Takaful
3) Penterjemahan
4) Penulisan Skrip / Penulisan Kreatif
5) Metodologi Penyelidikan
6) Perkhidmatan Pusat Panggilan
7) Pembangunan dan Penyelenggaraan Laman Sesawang
8) Pengurusan Media Sosial
9) Penguji Perisian
10) Pembangunan Aplikasi Sistem
11) Juru Perunding Pengurusan Bertauliah
12) Pengurus Projek Bertauliah
13) Pereka Grafik




No comments:

Post a Comment