Thursday, 18 July 2013

Idea WAHM


Alhamdulillah.  Hujan sejak pagi tadi.  Hujan rahmat dariMu ya Allah.  Terima kasih.

Idea?  Idea nak menulis? Idea menu apa untuk berbuka hari ni?  

Setelah hampir 3 bulan saya berhenti kerja, tiada istilah bosan atau jemu lagi.  24 jam bagai tidak cukup untuk saya.  Ada sahaja kerja yang hendak dibuat.  Walaupun kadang-kadang penat, tetapi saya seronok.  Alhamdulillah, tiada sesalan dengan keputusan yang saya buat. Semoga DIA akan terus memberi saya kekuatan mental dan fizikal sebagai WAHM.  Semoga DIA juga memberi saya kekuatan minda dan jiwa. Terima kasih Allah. 

Saya ingin berkongsi kandungan dari Bab 2 Ebook Super WAHM Super MOM.  Kenalpasti apa minat, kepakaran dan pengalaman anda sebelum bergelar WAHM. 

Saya bersyukur dapat menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa dan juga bekerja di rumah sepenuh masa. Alhamdulillah dapat juga membantu suami sedikit sebanyak walaupun dia tidak pernah minta dibantu. Bidang yang dulunya saya benci tapi kini ia menjadi sumber pendapatan dan sesuatu yang saya suka buat dan saya sayang bisnes saya ni. Kini saya adalah imej mak saya suatu masa dulu. Bekerja dari rumah supaya dapat sentiasa bersama anak-anak, melihat mereka membesar di depan mata tanpa terlepas satu detik pun. Masa adalah sesuatu yang sangat bernilai. Mungkin ada ibu-ibu yang sibuk bekerja dan tanpa sedar anak-anak sudah bekerja dan berdikari dan mungkin berasa ralat kerana masa lebih banyak terluang di pejabat dari bersama keluarga tercinta. Kalau difikir masa sehari 24 jam, berapa jam yang terluang bersama anak-anak? Biasanya orang bekerja keluar seawal jam 6.30 pagi, ditambah kesesakan jalanraya, akhirnya pulang ke rumah jam 7 malam. Mungkin tidur jam 10 malam. Maka cuma ada 3 jam untuk diluang bersama keluarga.

Ebook ini hampir setiap hari saya baca untuk lebih memahami dan menjadi WAHM dengan istilah yang sebenarnya.  Dulu semasa saya masih bekerja, seawal jam 6.30 pagi sudah keluar rumah menghantar anak ke rumah pengasuh dan balik mengambil anak jam 7 malam.  Jam 10 malam sudah masuk tidur. Masa yang sangat terhad untuk bersama anak. Sekarang syukur Alhamdulillah, menjadi ibu sepenuh masa menjaga anak sambil membuat bisnes online.  Gembiranya saya sebab tidak payah keluar rumah, terpaksa berdepan dengan trafik jam setiap hari, keluar pagi dan balik lewat.

Saya yakin ramai ibu-ibu yang bekerja dari jam 8 pagi ke 5 petang ingin bekerja dari rumah.  Cuma mereka kurang yakin, belum bersedia fizikal dan mental, tidak kenalpasti kekuatan yang mereka ada, takut tidak menjadi dan lain-lain lagi masalah yang mereka fikirkan.  Sebenarnya ramai ibu-ibu yang mempunyai kemahiran seperti  memasak, menjahit, menulis, melukis, menggubah, menyolek dan sebagainya.  Jadi gunakan kemahiran tersebut untuk dijadikan pendapatan dari rumah.  Zaman sekarang banyak gajet dan media sosial canggih yang boleh digunakan seperti Facebook, Twitter, emel, Blog dan ruang iklan percuma seperti Mudah.my, lelong, AliBaba, Ebay dan lain-lain.






Kalau tidak tahu buat blog, saya ada kelas.  Boleh belajar dengan saya.  Blog adalah platform untuk kita menjana pendapatan pasif.  Boleh sertai kami di Akademi bekerja dari rumah.  Belajar membina blog untuk berkongsi kepakaran atau mempromosikan produk anda.
 
Pendaftaran bagi kelas online masih dibuka.  Waktu kelas masih fleksibel, ikut kesesuaian anda.

Boleh PM saya di : https://www.facebook.com/messages/norazizah.sudin untuk pendaftaran dan pertanyaan atau
emel ke norazizahsudin@gmail.com

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fanpage (bagi yang mahu mula bisnes)

Bagi yang tiada produk, kami sediakan produk untuk mulakan bisnes.


No comments:

Post a Comment