Saturday, 6 July 2013

Jalan-jalan Vietnam



Saya dan rakan baik telah bercadang untuk jalan-jalan ke Vietnam lagi, tetapi setakat ini tiket Air Asia masih mahal. Bulan lepas saya ke sana dapat tiket murah, iaitu cuma RM4++ sahaja termasuk hotel.

Sudah 2 kali saya ke Vietnam. Pertama kali ke sana untuk membeli kain cotton kegunaan sendiri.  Tetapi bila balik ke Malaysia dan ramai yang berminat, saya ke sana lagi pada bulan lepas. Kali ini tujuan utama adalah memborong.  Alhamdulillah mendapat sambutan.  InsyaAllah, selepas ini saya akan pergi ke Vietnam 2 kali sebulan untuk tambah stok.

Jika ada yang berminat nak sertai rombongan seterusnya, bolehlah hubungi saya.  Untuk yang berminat nak pakai sendiri atau borong.   



Makanan halal di Vietnam banyak juga di sana.  Jadi tak perlu risau. Bulan lepas semasa saya ke sana, saya telah mencuba makanan di Restoran Hj. Halim Champa.  Saya telah memesan air karot tomato, Mee Sop Vietnamese dan Popia Vietnam. Mee sopnya memang terbaik!  Dimakan dengan sos vietnam dan kenikmatan sopnya masih terasa hingga kini. Jadi sesiapa yang ingin ke sana, jangan lepaskan peluang untuk merasa makanan di atas yer. Kalau nak cuba makanan di restoran ini, saya boleh temankan. 



 


 


Setiap malam ada pasar malam di depan Ben Thanh Market. Yang paling menarik di pasar malam ini adalah kopi ais Vietnam yang dijual menggunakan motosikal. Nak tau macamana sedapnya kopi ais ni?  Tengok gambar di bawah ni. Sedap kan?




Seronok dapat jalan-jalan ke negara orang.  Di samping dapat melihat negara orang, kita juga dapat belajar mengenai kehidupan mereka. Saya sangat bertuah dan bersyukur menjadi anak Malaysia.



No comments:

Post a Comment