Thursday, 18 July 2013

Jenis Urusniaga Online


Terdapat pelbagai jenis urusniaga online. Untuk memulakan bisnes online, kita boleh pilih yang mana bersesuaian dengan citarasa kita.  Ada yang percuma dan dikenakan bayaran.

1) Blog
Kita boleh buat sendiri jika tahu dan jika tidak, boleh belajar dari pakar buat blog. Blog berguna untuk menggalakkan pengguna tahu lebih mendalam mengenai produk kita.

2) Dropship
Dropship ada yang percuma dan dikenakan bayaran. Jika berminat, boleh hubungi tuan punya produk.  Dropship mudah sebab tiada stok disimpan oleh kita.  Kita hanya tolong promosikan barangan tersebut kepada pengguna lain. Komisen akan diberi jika kita berjaya membuat jualan.

3) Affiliate
Affiliate adalah satu program di mana kita bertindak sebagai agen dengan mempromosikan produk orang lain sekaligus akan menerima bayaran komisyen jika ada orang membeli produk tersebut dari link affiliate yang kita promosikan. Kita boleh mendaftar di link yang bertulis Affiliate dibahagian paling bawah di web jualan. Pastikan maklumat diri anda tepat untuk mengelakkan kesulitan antara anda dan juga penganjur semasa proses  pembayaran dilakukan kelak.

4) Fanpage
Ia adalah 100% percuma. Tiada kos dikenakan, cuma memerlukan sedikit masa untuk membina fanpage dan menambahbaikannya sahaja.  Fanpage membolehkan anda memuat naik gambar dan video sambil berkongsi secara langsung dengan pengguna anda. 

5)Transaksi Online
Kebiasaannya bank yang digunakan adalah Mayban2U dan CIMB. Peniaga online perlu jujur dan amanah di dalam urusan perbankan ini.  Setiap produk yang dibeli nombor treking perlu diberi kepada pembeli online. Kepercayaan adalah penting di dalam setiap urusan jual beli.



No comments:

Post a Comment