Thursday, 4 July 2013

Kepentingan Pemasaran Offline



Pemasaran offline umpama memberi kesedaran kepada orang ramai tentang jenama individu. Ia dapat memberi kesan yang lebih ketara kepada orang ramai. Anda seperti iklan berjalan. Sebagai contoh, tshirt yang mempunyai nama jenama anda. Pelekat kereta juga boleh membantu untuk mempromosi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan anda kepada orang ramai.

Pemasaran online lebih fokus kepada pasaran produk dan perkhidmatan dalam talian, tetapi pemasaran offline digunakan kerana keberkesanannya sehingga sekarang. Sebagai contoh, kita akan temui banyak papan iklan di setiap jalanraya, di tepi-tepi jalan dan pelbagai medium lain. Jadi ini dapat membuktikan bahawa pemasaran offline juga memainkan peranan yang sama pentingnya dengan pemasaran secara online. Jika pemasaran online dibuat di internet seperti Facebook, forum dalam talian, Twitter dan lain media sosial. Sebaliknya pemasaran online dilakukan di pusat-pusat membeli belah, disiarkan di televisyen, di pelbagai acara-acara tempatan dan lain-lain.

Di samping itu juga boleh dijalankan promosi di laman web seperti pemasaran emel.

Satu perkara yang perlu dipertimbangkan adalah bajet. Pemasaran offline memerlukan kos yang lebih dari segi kewangan dan sumber.

Oleh itu terpulanglah kepada kita samada untuk memasarkan produk melalui pemasaran online atau offline. Yang penting pemasaran anda tawarkan berkesan dan meninggalkan impak yang besar kepada orang ramai.




 



No comments:

Post a Comment