Monday, 8 July 2013

Komponen Strategi Pemasaran Online


Di dalam era digital ini, strategi pemasaran online boleh membantu anda mencapai peningkatan pelanggan yang berpotensi.  Saya berharap komponen yang akan dikongsikan ini dapat membantu dan seterusnya membawa perniagaan anda ke peringkat yang lebih tinggi.

1)  Rekabentuk Laman Web
Laman web adalah wajah syarikat anda.  Laman web anda perlu profesional dan mudah untuk semua pengunjung melayarinya.  Apabila merekabentuk laman web, perkara berikut perlu diberi perhatian :

 a)  No telefon syarikat yang mudah untuk dihubungi. Mereka akan sentiasa fikirkan apa yang boleh syarikat anda 
tawarkan untuk mereka.

b)  Mengoptimumkan laman web terutama untuk yang menggunakan telefon pintar. Peratusan orang yang melayari  laman web pada telefon pintar dan tablet semakin meningkat.  Malah dari kajian dibuat, 25% daripada pengguna web mudah alih tidak pernah atau jarang menggunakan komputer untuk melayari laman web.

c)  Mengandungi kata kunci yang berkaitan untuk membantu kedudukan carian anda.

2) Blog
Mengikut kajian, ramai pengunjung yang suka melayari blog.  Oleh itu, untuk perniagaan yang berdaya saing dan ke depan, anda perlu ada blog bersepadu dengan maklumat dan relevan.  Apabila membuat blog, pastikan bahawa ianya adalah :

a) mudah untuk pembaca melanggan melalui RSS dan emel
b) mudah untuk berkongsi melalui media sosial
c) mudah untuk berinteraksi dengan membuat ulasan di post

3) SEO
Ramai pelanggan berpotensi bermula dengan enjin carian apabila mereka ingin membeli sesuatu.  Oleh itu, anda mesti menggunakan teknik pengoptimuman enjin carian untuk membantu laman web, blog dan media sosial lain.  

4) Pemasaran Emel
Pemasaran emel adalah cara yang berkesan untuk meninggalkan kesan dihati pelanggan.  Beri perhatian kepada mencipta rekabentuk template emel yang berkualiti supaya ianya mempunyai 'eye contact' dengan pengguna.  Maklumat yang relevan juga dapat membantu pengguna menjadi pelanggan tetap anda dan berpotensi.

5) Media Sosial
Facebook, Twitter, Linkedin, YouTube dan Google merupakan cara pemasaran yang sedang berkembang pesat sekarang.  Media sosial ini memberi peluang untuk anda berinteraksi dengan orang ramai.  Ia dapat membantu anda untuk sentiasa mengemaskini status, blog dan maklumat syarikat anda dengan kerap.

Saya rasa ini adalah sebahagian daripada komponen strategi pemasaran online.  Jika anda terfikir atau mempunyai lain-lain dari di atas, boleh lah berkongsi di sini. 







No comments:

Post a Comment