Friday, 12 July 2013

Nak Tiru Orang Kayalah


Jom kita kongsikan bersama.  Saya dapat ni dari Anis Choc Moist FB.

Kenapa perlu tiru orang kaya? Penting sangat ke? Tiru apa sebenarnya? Tiru gaya atau hidup dia ke? Kalau nak tiru gaya hidup dia, dia pakai Ferrari, Lamborghini. Camana kita nak tiru? Hehehe

Mentor kata kita kena tiru je apa yang orang kaya buat. Lebih-lebih lagi jika orang kaya tu menjadi MENTOR kita. Tengok je apa yang dia buat. Kalau dia selalu ke masjid, kita ikut sebab kita pun kena selalu ke masjid. Dia selalu bersedekah tak kira pada siapa, kita ikut je. Kita pun bersedekah. Sampai ke tahap kita tahu apa makanan kegemaran mentor kita. Mentor saya suka makan asam pedas dan siakap bakar. Mentor anda?

Bila dah kenal dan berkawan dengan orang-orang kaya ni, barulah kita akan faham. Yalah, cara mereka berfikir pun lain rupanya. Segalanya berbeza, tentang kehidupan, wang, kemewahan, mengenai diri mereka, mengenai orang lain, segala-galanya lain dari pemikiran orang-orang biasa.

Orang kaya ni, mereka percaya bahawa hidup mereka boleh di 'design'. Bukan DAH TAKDIR bak kata ramai orang kita. Mereka percaya, kejayaan yang mereka capai itu adalah daripada apa yang mereka designkan. Apa yang sering mereka fikirkan, apa yang sering mereka katakan, apa yang sering mereka rasakan dan apa yang sering mereka lakukan!

Segala-galanya terletak di MINDA. Minda yang menjadi kekuatan mereka sebenarnya. Itu sahaja aset mereka. Mereka ni ada juga yang jatuh, tetapi tidak lama lagi tengoklah mesti naik balik. Kenapa? Bukan sebab modal. Tetapi sebab minda sahaja. Dia tahu macamana nak main games minda ni untuk design hidup mereka.

Macam-macam cara mereka buat untuk design hidup mereka. Mereka bermula design dengan mendekati Allah. Bila dah dekat dan jatuh cinta dengan Allah, dia mintak. Dia doa. Semuanya Allah beri. Allah sangat dekat di hati mereka. Mereka juga angan-angan tetapi mereka tidak angan-angan MAT JENIN seperti orang biasa buat. Angan-angan mereka, mereka tuliskan di atas kertas. Banyak mana pun tak kisah. Lagi banyak lagi bagus, kerana Allah sangat suka hambaNya yang meminta-meminta dan  merayu-rayu. ALLAH MAHA BERKUASA. Pasti DIA nak tunjuk kekuasaanNya.

Orang biasa?

Orang biasa dia kata dah takdir yang kita macam ni. Si polan tu tak apalah.
NAK TIRU ORANG KAYA LAH. Mak bapak dia kaya. Kita ni mak bapak kita siapa? Dah mula salahkan mak bapak pulak. Bukan ke kita ada otak sendiri? Cuba tengok di luar tu. Orang yang berjaya, berapa ramai datang dari ibu bapa yang tiada apa-apa? Ada yang lebih teruk lagi pemikiran orang biasa ni. Habis kalau semua orang buat bisnes, sapa yang nak kerja? Mesti hidup dia biasa-biasa kalau dia masih berfikiran macam ni.

Dulu kami pun tak faham. Tak berani nak sebut JUTAWAN pun. Tidak biasa, rendah diri. Dulu target sales ribu-ribu je. Selepas itu dah berani target puluh ribu. Bila selalu sebut, ratus-ratus ribu pun dah jadi biasa. Sekarang macam tak percaya, dah pandai mintak pada Allah juta juta? Allah nak bagi ke? Mestilah Dia nak bagi. Baik sangkalah dengan Allah. ALLAH kan MAHA KAYA? Tentu Dia nak beri pada hambaNya yang dekat denganNya? Yang MencintaiNya?

Bukankah apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap dan apa yang kita lakukan itu semua adalah DOA?

WALLAHU'ALAM

ALLAH MAHA KAYA (al-WAJID)
Seorang beriman yang membiasakan diri membaca nama ya Wajid ini sekerap mungkin akan diberi kekuatan hati yang dapat membantunya menemukan apa yang ingin dia temukan dan menjaga apa yang telah ditemukannya.


No comments:

Post a Comment