Wednesday, 24 July 2013

Penat Tapi Seronok


Semalam saya tidur awal sebab terlalu penat. Penat melayan anak, penat berpuasa dan penat membuat kerja rumah yang tidak pernah habis.  Tetapi seronok sebab semuanya saya buat sendiri tanpa pembantu rumah.  

Setelah bersahur, kerja rumah baru pun bermula.  Mengemas rumah, membasuh baju, membasuh pinggan dan melipat baju sebelum anak bangun tidur.  Setelah itu mengemaskini blog, menyemak facebook dan fanpage.  Alhamdulillah, ada pelanggan hari ini.  Rezeki di bulan Ramadhan.

Pagi ini cuaca nampak tenang.  Semalam dengar cerita jerebu datang balik, tetapi belum sampai ke Pasir Gudang.  

InsyaAllah, saya nak kekalkan momentum sebagai seorang WAHM dan SOHO.  Semoga fokus saya tidak lari.  Ya Allah, terima kasih di atas nikmatMu.  




No comments:

Post a Comment