Wednesday, 3 July 2013

Ramadhan





Ramadhan bakal menjelang.  Pada bulan inilah segala pahala amalan kita akan dilipatgandakan, syaitan dibelenggu dan pintu keampunan dari Allah terbuka luas. Bulan ramadhan  adalah "Syaidul Syuhur"  iaitu penghulu bulan. Apabila ia disebut sebagai penghulu, maka bererti ia melebihi dari bulan-bulan yang lain dari sudut fadhilat dan kelebihannya.  Di dalam Al-Quran ia disebut secara terang dan jelas berbanding bulan-bulan yang lain.

Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu
surah Al-Baqarah, ayat 185

Ramadhan datang dengan membawa berbagai keutamaan, baik di dunia maupun di akhirat. Ramadhan merupakan bulan rahmat, maghfirah dan pembebasan dari api neraka. Selain itu, Ramadhan merupakan bulan keberkahan, kerana pada bulan ini pahala suatu amal shalih dan ibadah dilipatgandakan.

Dalam bulan Ramadhan terdapat banyak amalan-amalan yang tiada pada bulan lain malah digandakan pahalanya lebih dari bulan-bulan yang lain. Tidak hairanlah kalau dikatakan bahawa bulan ramadhan ini ialah bulan mendapat bonus dari Allah s.w.t.  Sebab itu kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya yang bukan hanya satu bonus yang ditawarkan malah sangat banyak dan berlipat kali ganda pula.

Sempena kedatangan Ramadhan ini, sama samalah kita membuat pengisian Ramadhan dengan pelbagai aktiviti ibadah selain berpuasa dengan melakukan solat solat sunat, berzikir dan beristighfar, membaca Al Quran, bertadabbur dan menjadi dermawan di bulan Ramadhan dengan membanyakkan berinfak. 

Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya.  Di dalamnya terdapat malam Lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.  Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.  Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain. 

Inilah masanya kita menanam azam untuk kita merebut segala kelebihan Ramadhan yang dijanjikan Allah.  Jika Ramadhan tahun lalu kita lalai dan leka sehingga tanpa disedari Ramadhan telahpun berlalu dan kita ketinggalan merebut kelebihannya, maka pada tahun ini kita diberi peluang sekali lagi oleh Allah.  Maka janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita. 







Marilah kita bersama-sama membuat 9 amalan yang ALLAH swt suka disepanjang bulan Ramadhan ini.




No comments:

Post a Comment