Saturday, 6 July 2013

Sabtu 6 Julai 2013



Pagi Sabtu yang cerah.  Hari ini tidak bercadang hendak ke mana-mana.  Hanya duduk di rumah.  En. Suami kerja dan hero kenit saya sedang tidur.  Di waktu pagi begini, banyak idea yang datang untuk menulis di blog.  Sekejap lagi (7.00 pagi) hero kenit saya tu akan bangun.  Jadi kena cepatlah siapkan kerja rumah yang masih belum dibuat.  Hero kenit saya ni selalu bangun pagi walaupun dia tidur lewat.  Memang sejak saya kerja di pejabat itulah rutin dia.  Mesti bangun pagi.  Kalau lewat pun, pukul 8.30 pagi dia akan bangun. 

Rutin pagi bermula seperti biasa.  Basuh baju, basuh pinggan mangkuk, buat sarapan, mengemas rumah, siram pokok bunga dan berkemas di laman rumah.  Pagi-pagi bagus untuk menyiram pokok bunga sambil bercakap-cakap dengan pokok bunga tu.  Meluahkan perasaan apa-apa yang patut la.  Hehehhehe.

Selepas habis kerja rumah, masa untuk memasak makanan tengahari pula.  Hero kenit saya pun akan sama-sama sibuk di dapur menolong.  Biasanya untuk makan tengahari saya akan sediakan makanan yang ringkas sahaja seperti sop ayam, nasi ayam atau makaroni sop untuk kami berdua.  Untuk En. Suami saya akan masakkan makanan tambahan lain seperti asam pedas, kari ayam atau ikan berlada sebab dia kurang suka makan sop. 

Minum petang pula hanya roti, jemput-jemput atau biskut sahaja.  Kadang-kadang saya dan hero kenit akan keluar membeli goreng pisang.  Rutin setiap petang kami adalah ke Tasik Layang-Layang atau ke taman berhampiran rumah.  Seronoknya sebab dapat meluangkan banyak masa dengan anak saya.

Jam 8.30 malam En. Suami balik.  Dia mengajak kami balik kampungnya di Felda Bukit Permai.  Minggu lepas nak balik tapi tak jadi sebab ada hal lain yang perlu diselesaikan.  Biasanya selepas solat isyak kami akan bertolak balik ke sana.  Perjalanan pun tidak jauh cuma 2 jam sahaja perjalanannya.  Kalau kampung saya di Endau Johor lebih kurang 3 jam perjalanan. 

Mungkin minggu depan balik ke Endau.  Rindunya nak balik Endau.  Sudah 2 bulan tak balik sebab tuntutan kerja En. Suami.  Walaupun ibu dan abah saya sudah meninggal, adik lelaki yang tinggal di rumah pusaka arwah ibu bapa saya.  Setiap kali balik ke sana mesti memori lama dan kerinduan terhadap ibu ayah akan menggamit naluri rindu ini.

Cerita saya akan bersambung di catatan seterusnya ye.  Banyak pulak cerita dan idea untuk menulis pun semakin mencurah-curah.

Seronok jadi WAHM ni.  Nak tahu kenapa?  Banyak idea, cerita, pengalaman dan perkongsian menarik para WAHM dan SOHO dari e-book di bawah.



 


No comments:

Post a Comment