Thursday, 4 July 2013

Sinar Cahaya Ayat Kursi


Di dalam sebuah hadis ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan dihati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat ayat Al-Kursi mengikut hadis :

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring sehingga ditempat tidurnya, Allah swt mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya sehingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap solat fardhu, dia akan berada di dalam lindungan Allah swt sehingga solat yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap solat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah swt memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli-ahli rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah swt menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah swt melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumah, maka Allah swt mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya. Mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi di akhir solat, Allah swt akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan, nescaya Allah swt berkenan memberi pertolongan kepadanya.









No comments:

Post a Comment