Wednesday, 3 July 2013

Strategi Pemasaran Bisnes







Dengan adanya pengguna internet, bisnes di internet juga semakin meningkat. Pemasaran online merupakan salah satu cara untuk memperluaskan lagi bisnes anda. Melalui pemasaran online, informasi tentang produk anda dapat diakses oleh semua pengguna di seluruh dunia. 

Ketika inilah ramai yang menjalankan bisnes secara online telah membuat laman web, blog, facebook, twitter untuk memasarkan produk mereka.

Terdapat pelbagai strategi pemasaran secara online :

1)  Blog atau Website
Memiliki blog atau website adalah satu cara pemasaran online. Dengan mempunyai website atau blog, kedai internet anda dibuka selama 24 jam sehari dan dapat diakses oleh seluruh dunia selama mana mereka berhubung melalui internet. Blog atau website dapat menjelaskan secara terperinci tentang produk yang anda jual.

2) Optimasi Website
Sebahagian besar pengguna internet mencari informasi tentang sesuatu produk melalui enjin carian seperti Google, Yahoo, MSN dan lain-lain yang dikenali sebagai SEO (Search Engine Optimization).

3) Jaringan Sosial
Hampir semua pengguna mempunyai akaun dijaringan sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Facebook Marketing merupakan salah satu dari jaringan sosial yang berpotensi besar dan berpengaruh untuk mempromosikan produk anda.

4) Pemasaran Emel
Komunikasi di antara penjual dan pembeli boleh dilakukan melalui pemasaran emel. Kebiasaannya pengguna yang tertarik dengan produk yang ditawarkan akan berhubung melalu emel atau telefon.

5) Forum
Ruangan forum juga boleh dijadikan media yang efektif untuk mempromosikan produk anda. Contoh seperti wanitamelayu.com, susuibu.my, wangcyber.com dan lain-lain. 

6) Iklan
Anda boleh mengiklankan produk di blog sendiri atau blog orang lain. Ada iklan percuma dan iklan berbayar.

7) Memasang banner di blog orang lain
Memasang banner di blog atau laman web orang lain yang mempunyai ramai pengunjung boleh juga dilakukan. Hubungi tuan punya blog atau laman web untuk maklumat lanjut.

8) Ulasan Produk
Membuat ulasan atau pendapat tentang sesuatu produk merupakan salah satu strategi pemasaran online yang menarik perhatian ramai.  


No comments:

Post a Comment