Sunday, 7 July 2013

Taktik Pemasaran Offline


Walaupun pemilik perniagaan online berpegang kepada taktik pemasaran seperti Facebook, Blog, Twitter dan pelbagai media sosial lain, taktik pemasaran offline juga masih berkesan.  Jika digabungkan dengan taktik pemasaran online, ini akan lebih lagi menambah kuasa dan penambahbaikan kepada pemasaran offline anda.
 
Berikut adalah tujuh strategi pemasaran offline untuk dipertimbangkan dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan online anda.

1) Rangkaian
Kita boleh mendapat rangkaian yang ramai dari Facebook, Twitter atau blog.  

2) Persatuan Perniagaan
Kita boleh berjumpa ramai kenalan perniagaan melalui persatuan perniagaan. Di sinilah anda boleh mencari rakan kongsi perniagaan baru anda.

3) Bahan Promosi
Terdapat banyak benda yang kita boleh beri untuk mempromosikan perniagaan seperti pen, payung, magnet dan lain-lain. Produk percuma juga boleh diberi.  

4) Acara Amal
Di samping membantu orang lain, kita boleh mempromosikan produk perniagaan kita di acara amal seperti di rumah orang-orang tua, anak-anak kurang upaya dan lain-lain.  

5) Publisiti
Berhubunglah dengan media elektronik seperti suratkhabar atau majalah. Tulis surat kepada editor atau menghantar artikel perniagaan anda kepada akhbar tempatan.  Hubungi juga stesen radio atau stesen televisyen untuk mempromosikan produk anda.

6) Risalah
Strategi ini juga boleh menjadi taktik berkesan untuk pemasaran offline anda. Kita boleh edarkan risalah ini di kawasan perumahan, kedai, pasaraya, tempat letak kereta dan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. 

7) Bengkel atau Seminar  
Anda boleh menjadi tuan rumah untuk bengkel atau seminar di dalam komuniti anda.  Sebagai contoh, jika anda mempunyai laman web ibu bapa,anda boleh mengadakan bengkel mengenai remaja keibubapaan.
               
Memandangkan saya masih baru dalam bisnes online,  saya berkongsi taktik yang pada pandangan saya boleh meningkatkan lagi perniagaan anda.  Jika anda mempunyai lain-lain taktik selain dari di atas, bolehlah berkongsi di sini untuk manfaat semua. 

No comments:

Post a Comment