Thursday, 4 July 2013

Teduhan Kasih


Sudah lama tidak tengok slot Akasia di TV3. Ramai yang komen tentang Teduhan Kasih. Terjebak juga saya rupanya! Sekali tengok nak tengok lagi sebab slot ini bersambung-sambung. Jika terlepas di TV3, saya akan tonton di tonton TV3. 

Semalam merupakan episod terakhir Teduhan Kasih. Menarik juga drama ini.  Drama yang penuh dengan suka duka, benci, cinta, sakit hati dan macam-macam lagi.

Setiap watak dalam cerita ini berjaya dilakonkan oleh semua pelakon. Dah nama pelakon kan? Jadi mestilah boleh. Salah satu sebab saya minat nak tengok cerita ini adalah watak utamanya iaitu Papa Ehsan @ Adi Putra. Hehehehe. Seorang pelakon serba boleh dan lakonannya memberi impak besar kepada semua peminatnya.  

Drama ini telah menjadi fenomena kerana dapat menarik 3.2 juta penonton. Diadaptasiakan dari novel Teduhan Kasih karya Marissa. Jalan ceritanya tidak mengikut novel 100% kerana ada sedikit pengubahsuaian.

Ada pengajaran di sebalik drama ini.

1) Jadilah kawan yang sebenar-benar kawan. Walaupun siapa dia dan dari mana usulnya tidak penting. Terima dia seadanya. Hindari dari sifat tidak boleh tengok orang lebih. Kesudahannya kita tidak ada kehidupan sendiri.

2) Jangan mudah menghakimi seseorang dari masa silamnya. Setiap orang mempunyai sejarah lampau dan mungkin masa hadapannya jauh lebih baik.

3) Perkahwinan tiada jaminan walaupun atas dasar cinta-mencintai. Kita yang kena mencorakkannya supaya ia menjadi indah dan kekal ke akhir hayat.

4) Kesabaran adalah kunci utama di dalam apa jua perkara yang kita buat. Ia adalah sikap yang diberikan oleh Allah swt untuk menjalankan sesuatu dengan penuh keihklasan.


 




 

No comments:

Post a Comment