Saturday, 13 July 2013

Strategi Pemasaran Dengan Facebook


Untuk memasarkan perniagaan anda berjaya di Facebook, anda perlu memahami peluang unik yang telah disediakan oleh Facebook dan bagaimana ia berbeza daripada media sosial lain. Tidak dapat dinafikan Facebook boleh dikatakan menjadi juara untuk laman media sosial. Ianya menjadi tempat pertama dimana rakan-rakan berhubung dan berkongsi pelbagai perkara. Sama seperti anda mengiklankan produk anda di radio atau di televisyen, anda tidak perlu memasarkan di Facebook dengan cara yang sama anda pasarkan dalam majalah atau di laman web anda.

1) Jangan gunakan 'Hard Sell' di Facebook
Orang menganggap Facebook sebagai ruang sosial yang menyeronokkan di mana mereka berbual dengan rakan-rakan, lihat gambar dan video, dan berehat. Anda perlu menyertai perbualan dan menjadi sebahagian daripada masyarakat dan bukannya orang luar yang cuba untuk menjual secara agresif. Jangan menggunakan slogan perniagaan, posting berulang kali mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan tertentu, senarai produk, kerana ini akan menyebabkan pengguna tidak mengikuti anda. Mereka juga boleh menghantar komen-komen negatif tentang perniagaan anda. 

2) Mempunyai matlamat dan strategi yang jelas  
Anda perlu mempunyai matlamat yang jelas dan strategi yang betul apabila menggunakan Facebook untuk meningkatkan jualan perniagaan anda. Sebagai contoh, jika anda mengusahakan kedai kek. Anda perlu memutuskan bahawa matlamatnya adalah untuk meningkatkan jualan dari Facebook sebanyak 10% dalam masa 6 bulan akan datang.

Anda boleh cuba cara ini :
a) menghantar post setiap pagi dengan menawarkan kupon percuma untuk setiap pengguna yang membeli kek anda pada hari tersebut
b) menyiarkan gambar pengguna tetap yang datang pada setiap hari untuk membeli kek anda dan menjadi 'King atau Queen' kek pada hari itu
c) menggalakkan pengguna menghantar gambar mereka sambil menikmati kek dari kedai anda

Menetapkan matlamat dan strategi memberikan anda suatu kepuasan di dalam mengukur kejayaan anda. 

3) Hebahan Suara
Pengguna Facebook suka bercakap kepada orang lain. Bagi yang menguruskan laman perniagaan, mereka pandai dan berupaya menulis sesuatu tentang perniagaan dengan gaya yang sesuai dan didengar oleh semua orang. 

4) Sentiasa Kemas Kini Post
Tidak seperti media tradisional lain seperti majalah, televisyen atau laman web, media sosial seperti Facebook perlu sentiasa dikemas kini. 

Statistik menunjukkan bahawa kira-kira 50% daripada pengguna Facebook akan memeriksa halaman mereka sekurang-kurangnya sekali sehari dan perlu melihat anda kerap menyiarkan informasi baru setiap hari. Ada yang mengsyorkan perlu dikemas kini sekurang-kurangnya sekali sehari.  Tetapi pada pendapat saya anda boleh menyiarkannya apabila mempunyai kandungan yang menarik. 

 5) Cepat bertindak balas kepada komen pengguna
Menggalakkan pengguna Facebook lain untuk bertindak balas terhadap mesej atau menghantar komen mereka sendiri tentang perniagaan anda atau topik itu menarik minat mereka. Apabila mereka respon atau komen, bertindak balas dengan cepat. Dalam tempoh 24 jam adalah yang terbaik kerana kalau tidak pelanggan anda akan lari. 

6) Gunakan Video atau Gambar
Gambar dan video adalah elemen utama di Facebook. Menggunakannya dengan kerap untuk menarik perhatian rakan-rakan dan pengguna lain. Sebagai contoh :

a) penjual pakaian atau tudung boleh menyiarkan gambar stok terbaru
b) testimoni produk kesihatan
c) video tentang pembelajaran tentang senaman, belajar menjahit, memasak dan lain-lain

Berinteraksi dengan pengguna melalui tawaran, peraduan, permainan, kaji selidik dan lain-lain. Jadikan perkongsian di Facebook menyeronokkan dan unik. Dari kajian dibuat, diskaun, hadiah, pertandingan, permainan dan kaji selidik adalah perkara yang paling popular untuk pelanggan atau rakan anda berterusan mengikuti halaman Facebook anda. 

 7) Bina Hubungan 
Tidak kenal maka tak cinta! Untuk membina perhubungan dan meyakinkan pelanggan Facebook anda mungkin mengambil masa yang cepat atau lama. Jadi bersabarlah. Buat sesuatu yang menarik perhatian mereka di page anda seperti memberi informasi yang mengesankan, berinteraksi dengan jujur, memberi ganjaran seperti tawaran murah, kupon atau harga istimewa kepada pelanggan lama anda.

8) Promosi
Jika anda mempunyai laman Facebook (fanpage), gunakan media sosial untuk mempromosikan perniagaan anda. Pastikan semua butiran diletakkan seperti alamat, kad perniagaan, laman web dan lan-lain untuk memudahkan pelanggan menghubungi anda.

9) 'Facebook Insights'
Gunakan applikasi ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelanggan anda seperti golongan mana, peringkat umur, kerjaya dan lain-lain. Sebagai contoh, laman kedai buku. Kebanyakan rakan-rakan Facebook anda berumur 18-25 tahun, jadi tawarkan kepada mereka buku-buku yang bersesuian dengan kumpulan umur tersebut. Jika anda penjual online dan tidak pernah bertemu dengan pelanggan, anda boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang apa yang mereka fikir dan rasa dengan mengkaji dari segi peringkat umur, citarasa dan lokasi melalui applikasi ini. 

Saya harap artikel ini dapat membantu peniaga di luar sana bagaimana mereka dapat menggunakan Facebook sebagai pemasaran online yang berkesan, tidak kira samada perniagaan anda besar atau kecil. Facebook adalah ruang yang terbaik untuk meluaskan pasaran, membangunkan identiti jenama dan meluaskan jangkauan anda.  

 

3 comments:

  1. Alhamdulillah, byk yg saya belajar dri sini. Terima kasih sis Norazizah=)

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan Zee

    Terima kasih

    Jika ada nak tambah, bolehlah kita share2

    ReplyDelete
  3. Adakah anda ingin 80% -100% keuntungan perdagangan dalam talian? anda boleh memulakan pelaburan
    hari ini dengan Horizons Trades.Let kita menguruskan Akaun Dagangan Perduaan anda, anda perlu memberi nasihat dan isu-isu lain yang berkaitan dalam perdagangan Pilihan Perduaan dan pelaburan dalam talian?
    Jangan buang perjudian masa dan kehilangan wang keras anda yang diperolehi lagi. Saya boleh memberi jaminan dan membimbing anda untuk gaya yang berdedikasi Kadar memenangi 100% ke atas perdagangan binari !!! Cepat sekarang dan mula melabur hari ini. tiap-tiap akaun pelanggan baru dikreditkan dengan $ 100 setiap satu !! mula mendapatkan hari ini dengan Horizons Maks.
    E-mel: info@horizonstrades.com

    ReplyDelete