Friday, 26 July 2013

Tips Bekerja Dari Rumah



Kerja dari rumah?  Kerja apa?  Macam-macam boleh buat seperti menulis, mengarang, terjemahan, kraftangan, buat kuih, jual baju, jual tudung dan lain-lain. 

Saya pun buat kerja dari rumah.  Saya buat bisnes online seperti dropship buku, pakaian, kain, tudung, Al Quran digital, beg tangan dan produk kecantikan.  Untuk bermula sebagai dropship sangat mudah. Cari di internet, facebook atau forum.  Ada yang berbayar dan percuma.  Di samping itu saya juga membuat bisnes kain cotton Vietnam.  Cotton memang menjadi kain kegemaran saya.  InsyaAllah, selepas Hari Raya Puasa nanti saya akan ke Vietnam lagi untuk menambah stok.  Untuk yang berminat nak sertai grup saya ke Vietnam bolehlah hubungi saya.  


Bekerja dari rumah mempunyai beberapa kelebihan.  Anda boleh tidur, berehat-rehat di rumah, membeli belah sekerap yang anda inginkan jika anda mahu. Bekerja dari rumah boleh menjadi sukar bagi sesetengah orang kerana ini adalah kerjaya mereka.  Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda bekerja dari rumah :  


1. Create a daily routine at home and stick to it.

It’s easy to get sidetracked and lose focus if you don’t have a work schedule. You are in charge of creating your own work schedule and managing it. You should set up a daily routine for yourself, which includes meals, exercise, calls, meetings and project focus areas. In addition, you should track your own progress and results.
- See more at: http://quickbase.intuit.com/blog/2013/06/05/6-tips-on-how-to-work-from-home-successfully/#sthash.ymOftScv.dpuf
1) Keluarga
Salah satu perkara yang paling sukar tentang bekerja dari rumah adalah menetapkan sempadan dengan orang yang berkongsi rumah dengan anda, iaitu keluarga.  Anda mudah terganggu bila berada bersama mereka berbanding apabila di pejabat.  Jadi anda perlu tentukan jadual bekerja sama seperti ketika anda bekerja di pejabat.  Bincang dengan keluarga tentang jadual kerja anda.

Tetapkan bahawa mereka mesti memberi anda  8 jam (atau lebih) setiap hari  supaya anda dapat menumpukan perhatian terhadap kerja anda.

2) Bantuan
Jika anda mempunyai anak kecil, anda perlu untuk mendapatkan bantuan menjaga mereka sementara anda menyiapkan tugasan penting anda.  Anda boleh meminta pertolongan dari suami, kawan rapat atau pengasuh untuk menjaga mereka untuk beberapa jam.  


Sepanjang anda sibuk pada hari tersebut, terutamanya pada hujung bulan, anda boleh mendapatkan seorang 'cleaner' untuk membantu anda membersihkan rumah.  Ketenangan fikiran dan rehat secukupnya perlu untuk anda menyiapkan tugasan anda.    

3) Stesen Kerja
Anda memerlukan sebuah bilik yang mempunyai stesen kerja atau sekurang-kurangnya sebuah meja untuk kerja anda.  Ini perlu untuk anda meletakkan komputer riba atau PC, mesin faks atau telefon, dokumen kerja seperti laporan atau invois, alat tulis dan lain-lain lagi.  


4) Buat Rutin Harian
Anda mudah hilang fokus jika tidak mempunyai jadual kerja.  Anda bertanggungjawab untuk mencipta jadual kerja anda sendiri dan menguruskannya.  Perlu ada rutin harian seperti berjumpa kawan, berjumpa pelanggan, menjawab panggilan dan lain-lain.  Anda adalah boss dan anda adalah pekerja.  Sebaik sahaja anda mempunyai rutin sendiri, anda dapati anda lebih produktif dan kurang tertekan.  Tidak perlu terlalu struktur seperti waktu rehat pukul 1.00 tengahari dan balik bekerja pukul 2.00 tengahari.  Pengurusan masa adalah penting untuk memastikan waktu bekerja anda produktif.  Sekali sekala santaikan diri anda seperti pergi ke gim, berjogging, berjalan-jalan di taman, berenang dan sebagainya. 

5) Ambil Cuti
Orang menganggap apabila anda bekerja dari rumah, seluruh hidup anda mesti bekerja.  Jangan terikat dengan kerja anda tanpa waktu rehat secukupnya.  Jangan paksa diri anda untuk berada di 'pejabat' anda sepanjang hari.  Ambil cuti dan habiskan masa bersama keluarga.  Segarkan diri dan minda anda. 

6) Jadual Kerja
Hadkan waktu kerja anda.  Dulu saya selalu habiskan kerja saya pada pukul 3.00 pagi, tetapi sekarang saya telah pandai menghadkan waktu kerja saya.  Saya juga perlu mendapatkan cukup rehat.  Setiap hari minggu adalah masa saya bersama keluarga.

7) Kuasa Teknologi
Saya membaca sebuah artikel baru-baru ini tentang bagaimana teknologi telah mengawasi manusia.  Di dalam dunia bisnes, semua orang telah dihubungkan dengan emel, facebook, whatsapp, twitter dan media sosial lain. Jangan terlalu sibukkan diri anda dengan teknologi sehingga tiada masa untuk diri sendiri dan keluarga.  Walaupun 'pejabat' anda dibuka 24 jam sehari dan setiap hari, sekali sekala tutup teknologi anda.


8) Bertindak Balas Dengan Segera
Apabila anda bekerja dari rumah, salah satu cabaran yang paling besar adalah untuk membuktikan bahawa anda benar-benar bekerja.  Bertindak balas dengan segera kepada semua emel pelanggan membuktikan anda lebih dipercayai.  Komited dan fokus kepada pekerjaan anda akan membuatkan pelanggan mempercayai sikap anda.

9) Sistem Kerja
Bagi saya sistem kerja yang sistematik perlu ada supaya kerja kita lebih teratur.  Waktu pagi boleh dimulakan dengan menyemak emel, membaca akhbar dan menjawab semua pesanan.  Setelah itu bolehlah mula mengemaskini blog, facebook dan fanpage.  Jadual ini boleh diselang selikan mengikut keutamaan anda.  

Secara kesimpulannya, pada pendapat saya setiap wanita yang ingin bekerja dari rumah perlu ada komitmen, fokus dan yakin kepada diri sendiri.  Cuba elakkan gangguan fizikal, mental dan emosi dalam diri.  Perlu juga jelas apa matlamat dan apa yang kita mahukan apabila kita bekerja dari rumah.  Seperti saya yang buat bisnes online dari rumah, saya tahu apa yang saya nak, matlamat saya dan saya sentiasa fokus dengan kerja saya.  Ini juga salah satu dari minat saya, iaitu bisnes.  Bisnes saya sekarang bukan lagi 'part time' atau sambil-sambil seperti dahulu tetapi sudah menjadi 'full time'.  Jadi saya mesti komited dan sentiasa positif dengan apa yang saya buat.  Saya ada keinginan dan saya harap saya dapat capai semua itu dalam masa 1 tahun dari sekarang.

Untuk yang baru bermula dan tidak pasti dengan erti kerja dari rumah atau WAHM/SOHO, bolehlah bermula dengan pakej asas bacaan awal ini.  

Pakej ini berharga RM125 dan akan dapat buku percuma Mudahnya Menjemput Rezeki. 


 










No comments:

Post a Comment