Thursday, 4 July 2013

Tips Pemasaran Offline


Pemasaran online banyak digunakan oleh peniaga untuk mengembangkan perniagaan dan produk mereka. Ini adalah kerana mereka merasakan peluang untuk berkembanga dan mendapat pelanggan yang berada di luar kawasan pada kos yang lebih rendah adalah mudah. Walau bagaimanapun, pemasaran offline masih digunakan kerana para peniaga percaya bahawa cara pemasaran ini dapat memberikan mereka kredibiliti dan yakin bahawa perniagaan yang dijalankan masih berkesan serta mendapat pulangan yang menyakinkan.

Berikut adalah beberapa tips mudah untuk pemasaran offline anda :  

1) Mempromosikan Perniagaan
Cari rakan kongsi yang boleh dipercayai.  Yakinkan mereka bahawa produk perniagaan anda boleh memberi banyak manfaat. Beri kad perniagaan kepada rakan baru dan lama anda. 

2) Kain Rentang
Pasang kain rentang atau banner di kawasan strategik seperti di tepi jalan raya, tempat laluan orang ramai, tempat membeli belah, di tiang lampu dan lain-lain tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Dengan cara ini, orang ramai akan mendapat gambaran tentang konsep perniagaan anda. Kain rentang ini umpama kedai bergerak anda.  Oleh itu, memungkinkan orang ramai untuk berkunjung ke kedai atau hubungi anda untuk mendapatkan informasi lanjut tentang produk yang ditawarkan.

4) Pengiklanan di televisyen atau radio
 Pengiklanan di media elektronik juga dapat meningkatkan perniagaan anda.  Hanya laburkan sedikit wang untuk tujuan ini. 

5) Edaran Risalah
Risalah juga boleh diedarkan kepada orang ramai untuk makluman orang ramai. Risalah ini boleh diedarkan di persekitaran rumah anda, di kedai berhampiran rumah dan di tempat awam yang anda fikir strategik boleh menarik perhatian orang ramai.

Tips di atas adalah salah satu cara untuk membantu anda untuk memperkenalkan perniagaan kepada komuniti anda.

Jika terdapat lain-lain input, bolehlah kita berkongsi di sini.






No comments:

Post a Comment