Thursday, 18 July 2013

Urusniaga Online Melalui Perbankan


Salah satu dari urusniaga online adalah melalui transaksi perbankan.  Ramai juga yang masih tidak percaya dengan transaksi online melalui sistem perbankan.  Tetapi ini boleh diatasi dengan pelbagai cara.  Sebenarnya, perbankan internet dan e-dagang telah diperkenalkan 10 tahun dahulu dan menyediakan segala kemudahan yang terbaik. Kini semakin ramai telah menggunakan aplikasi dalam menyelesaikan kewangan mereka kerana ianya mudah dan fleksibal termasuklah urusniaga melalui transaksi online.  Semoga garis panduan ini boleh membantu melindungi diri dan integriti akaun anda.

1) Jangan berikan kata laluan kepada sesiapa.  Pekerja bank tidak pernah meminta maklumat ini.
2) Pastikan anda simpan dengan selamat semua maklumat ini.
3) Apabila telah selesai dengan Perbankan Online anda, sila keluar dari sistem dengan klik Log Off yang terdapat di sebelah kiri halaman.
4) Pilih kata laluan yang terdiri dari huruf, siri nombor atau kombinasi huruf, nombor dan simbol-simbol yang tidak akan ditemui di dalam kamus atau mudah diteka oleh orang lain.
5) Berhati-hati dengan kata laluan anda.  Jangan menulis atau menyimpan ditempat yang mudah diakses.






   
   

No comments:

Post a Comment