Wednesday, 21 August 2013

Coretan Seorang WAHM


Seronoknya saya sekarang sebab dah sepenuh masa jadi suri rumah merangkap WAHM.  Tiada lagi fikir masalah trafik jam, punch card, mesyuarat, nak hantar report dan lain-lain.  Kebebasan masa lebih sikitlah sebab tidak terikat dengan sesiapa.  Cuma terikat dengan bisnes sendiri.  

Saya buat kerja-kerja saya dengan gembira.  Saya buat apa yang saya suka dan bukan kerana terpaksa.  Setiap hari saya seronok mengadap laptop saya dan kemaskini blog sambil bercerita dengan anak.  Saya gembira sebab dapat bagi sepenuh tumpuan kepada anak saya, Ahmad Wafi.  Sekarang dia langsung tidak boleh berenggang dengan saya.

Bila balik kampung saya dan suami yang sukar untuk dapat line internet, saya berehat dari berfikir tentang bisnes.  Hanya melayan pesanan dari pelanggan dan menjawab sms atau whatsapp sahaja.  

Saya tidak memandang rendah kepada suri rumah atau semua orang yang makan gaji.  Yang penting mereka gembira dengan apa yang mereka buat.  Saya nak kaya dan gembira dengan cara saya sendiri dan tidak menyusahkan sesiapa.  

Jadi kepada semua suri rumah atau yang bekerja makan gaji tetapi ingin menambah pendapatan bolehlah masuk kelas kami Alumni Dari Rumah.  Yang minat berniaga online, kelas bisnes pun diajar. 

Kami akan beri tunjuk ajar bersesuaian dengan minat dan kepakaran anda.  Jual minat dan kepakaran anda.  Tahun 2014 bakal tiba dan realisasikan impian anda. 

Kami menawarkan kelas berikut :

1) Kelas Asas Blog dan Penulisan - sesuai bagi yang ingin berkongsi pengalaman dan kepakaran, bina rangkaian sendiri dan follower tegar.  Setiap orang sudah ada keunikan masing-masing.  Serlahkan bakat anda melalui blog.  Tidak tahu menulis kami akan pandu melalui teknik yang mudah.

2) Kelas Asas Blog dan Fanpage (bisnes) - bagi mereka yang masih zero untuk memulakan bisnes online, kami sedia membantu menunjukkan jalan.  Jika sudah ada produk inilah masanya untuk promo. Jika tidak ada, kami sediakan.  Mulakan sekarang.  Tidak terlambat untuk merealisasikan impian 2013.

Bagaimana cara untuk mendaftar?  Senang sahaja.  Boleh hubungi melalui :

emel : norazizahsudin@gmail.com
SMS/Whatsapp : 019-7461502 


No comments:

Post a Comment