Tuesday, 6 August 2013

Cuti Raya


Lusa dah raya. Cepatnya masa beredar.  Tengok di FB, masing-masing bersemangat post macam-macam pasal nak raya.  Ada yang pasang pelita, berkongsi buat kuih raya dan lain-lain. Seronok untuk yang masih ada ibu bapa untuk diraikan bersama.  Saya sekadar dapat berdoa untuk keduanya.  

Masih ingat lagi, ibu meninggalkan kami lagi seminggu raya tahun 2010.  Sepanjang di hospital saya menjaganya.  Kami redha dengan pemergiannya.

Tahun ini En. Suami tidak dapat tambahan cuti raya sebab baru bekerja di tempat baru.  Hanya cuti pada hari raya sahaja. Apa-apa pun saya tak kisah janji dapat beraya bersama.  Demi tugas dan tanggungjawab kami harap keluarga memahami tugas dan kesibukan suami.

Petang Rabu baru balik ke kampung saya di Endau.  Hari raya ke dua barulah balik ke kampung suami.  Semua persiapan sudah dibuat terutama untuk anak.  Seronok dia menggayakan baju raya.

Selamat hari raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua pembaca blog ini.  Maaf zahir batin buat semua kenalan baru dan lama.

 


Selepas raya untuk suri rumah yang berminat untuk belajar buat blog dan fanpage, bolehlah hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com

 



 

 

 


 

 



 

 

 







No comments:

Post a Comment