Thursday, 1 August 2013

Empayar Perniagaan Internet


Artikel ini saya petik dari Fb Adly Flarebiz, pakar Internet terkenal. 

Mereka yang membina empayar perniagaan internet adalah mereka yang membina aset maya. Jika kita lihat sekarang, banyak perkara dalam perniagaan internet kita boleh kategorikan sebagai aset.

Antara aset yang bernilai ialah:

(1) Laman web (kedai online) - Kedai online yang 'hidup' adalah aset termahal bagi seorang usahawan internet. Website yang mempunyai pelawat secara organik dan mencatatkan transaksi yang baik secara konsisten mempunyai nilai yang sangat tinggi.

(2) Database (email, no telefon) - Database pelanggan dan bakal pelanggan kita juga sangat bernilai. Malah ia juga dijadikan sebagai kayu ukur nilai aset kita.

(3) Sosial Media - Trend terkini, sosial media juga sudah menjadi sebagai aset di mana kita melihat ada jual beli untuk akaun Facebook Page, Twitter dan Instagram. Malah kita juga boleh membeli Like dan Follower.

Saya kongsikan 3 aset untuk anda renung-renungkan. Sudahkan anda membina aset di atas?





Untuk yang baru bermula, tidak tahu tetapi ingin berkongsi kepakaran dan minat, boleh masuk kelas yang kami kendalikan.  

Sertai kami di dua kelas di bawah :
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (untuk bisnes).



Hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com atau SMS/Whatsapp 019-7461502



 


 

No comments:

Post a Comment