Tuesday, 6 August 2013

Kenalpasti Apa Minat, Kepakaran Dan Pengalaman Sebelum Bergelar WAHM


Sumber : Bab 2 Ebook Super WAHM Super MOM
 

Saya bersyukur dapat menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa dan juga bekerja di rumah sepenuh masa. Alhamdulillah dapat juga membantu suami sedikit sebanyak walaupun dia tidak pernah minta dibantu. Bidang yang dulunya saya benci tapi kini ia menjadi sumber pendapatan dan sesuatu yang saya suka buat dan saya sayang bisnes saya ni. 

Kini saya adalah imej mak saya suatu masa dulu. Bekerja dari rumah supaya dapat sentiasa bersama anak-anak, melihat mereka membesar di depan mata tanpa terlepas satu detik pun. Masa adalah sesuatu yang sangat bernilai. Mungkin ada ibu-ibu yang sibuk bekerja dan tanpa sedar anakanak sudah bekerja dan berdikari dan mungkin berasa ralat kerana masa lebih banyak terluang di pejabat dari bersama keluarga tercinta. Kalau difikir masa sehari 24 jam, berapa jam yang terluang bersama anak-anak? Biasanya orang bekerja keluar seawal jam 6.30 pagi, ditambah kesesakan jalanraya, akhirnya pulang ke rumah jam 7 malam. Mungkin tidur jam 10 malam. Maka cuma ada 3 jam untuk diluang bersama keluarga.
 

Saya yakin ramai ibu yang bekerja di luar sana ingin menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa dan bekerja dari rumah. Saya rasa kebanyakan kita mampu lakukan cuma setiap mereka perlu kenalpasti kekuatan masing-masing, contohnya ada yang pandai menjahit, memasak, membuat gubahan dan sebagainya. Itu semua boleh dijadikan punca pendapatan dari rumah. Sekarang bukan zaman mak saya lagi yang cuma pasarkan kuih dia di kedai-kedai kopi. Zaman sekarang zaman gajet dan internet. Semua itu boleh dijadikan alat pemasaran. Ibu-ibu semua boleh gunakan pemasaran yang ditawarkan percuma seperti email, FB, Blog dan ruang iklan percuma seperti Mudah.my

Kami ada sediakan ebook untuk bacaan awal ibu-ibu yang mempunyai matlamat ini.  



Di samping itu kami mempunyai pakej ebook lain yang juga bermanfaat dan ingin menjadikan bisnes sebagai pendapatan dari rumah.  Untuk yang berminat untuk buat blog pun kami sediakan. 

Untuk yang mendaftar kami beri percuma buku Mudahnya Menjemput Rezeki.


 
Boleh hubungi saya di norazizahsudin@gmail.com

No comments:

Post a Comment