Friday, 23 August 2013

Kuasa Bangun Pagi


Assalamualaikum dan selamat pagi

Kuasa bangun pagi?  Menarik topik hari ini.  Saya ada terbaca satu artikel di dalam blog mengenai kuasa bangun pagi ini untuk seorang usahawan yang berjaya.  Malah dalam Islam pun ada disebut bangun pagi adalah bangun sebelum waktu Subuh.  Bukankah Nabi Muhammad SAW mendoakan umatnya yang selalu bangun pagi?  "Allahumma barrik li ummatiy fii bukuurihaa" bermaksud "Ya Allah berilah barakah kepada umatku yang selalu bangun pagi".

Apabila menjalankan perniagaan, seseorang kadang kala keletihan seperti tidak pernah cukup jam dalam masa sehari.  Jika kurang permintaan, terpaksalah berjaga sehingga lewat pagi untuk meningkatkan produktiviti produk kita. Esoknya kena bangun pagi ke pejabat.  Penatnya!

Berikut adalah beberapa manfaat untuk memulakan kerja pada waktu pagi :

1) Kurang gangguan pada waktu pagi.  Jadi lebih banyak masa kita boleh ditumpukan kepada perniagaan kita. Jika kita minat membaca atau bersenam, boleh dilakukan pada awal pagi sebelum memulakan tugasan atau dianjakkan ke waktu petang.  

2) Waktu pagi adalah waktu yang lebih produktif untuk kita memulakan pekerjaan.  Tiada istilah 'Monday Blues' untuk yang suka bekerja di waktu pagi.  

3) Setiap hari sebelum tidur, catitkan jadual kerja untuk esok hari.  Lebih baik jadual untuk seminggu. 

4) Rancang pagi anda.  Sebagai contoh, menu sarapan, temujanji dengan pelanggan dan lain-lain.  Jadi anda akan seronok untuk memulakan kerja pada esok hari.  

Sejak menjadi WAHM, saya banyak habiskan masa di waktu pagi untuk menyiapkan kerja-kerja dan menjawab emel pelanggan.  Saya perlu siapkan kesemuanya sebelum anak saya bangun.  Setelah dia bangun, kena layan dia pula.  

Jadi kerja yang belum disiapkan saya habiskan ketika dia tidur selepas makan tengahari atau pada sebelah malam.  Saya kena pandai mengagihkan masa.




.

























No comments:

Post a Comment