Wednesday, 14 August 2013

Mood Raya


Masih lagi dalam mood raya.  Saya dah balik ke Pasir Gudang hari Jumaat lepas, iaitu pada hari ke tiga raya sebab suami sudah mula bekerja.  Hari Ahad kami sudah menziarahi semua saudara mara di Kota Tinggi.  

Dah lama tidak update blog.  Alhamdulillah, momentum untuk terus menulis dan berkongsi idea masih dapat dikekalkan.  Tiada istilah jemu dan bosan.  Saya kena sentiasa bersikap positif.  Untuk menjadi WAHM yang berjaya, saya mesti fokus dan matlamat yang ingin dicapai.

Minggu ini merupakan minggu yang sibuk untuk saya.  Banyak aktiviti di taman perumahan saya seperti marhaban, rumah terbuka dan lain-lain.  Esok malam saya akan bertolak ke Dungun untuk majlis perkahwinan anak saudara  pada 16hb Ogos.  Sabtu bertolak balik ke Pasir Gudang dan akan singgah beraya di Kuantan rumah abang dan ibu saudara.  Jika sempat saya ingin bertemu sahabat lama semasa bersekolah rendah dan menengah di Kuantan.  InsyaAllah.

Minggu berikutnya bermulalah rutin saya semula.  Meja SOHO saya sentiasa menanti tuannya memulakan tugasan.






No comments:

Post a Comment